Home > Gaya Hidup > Fairmont Jaipur, Destinasi Penginapan Mewah Dengan Keunggulan Seni Bina Dan Budaya
Fairmont Jaipur, Destinasi Penginapan Mewah Dengan Keunggulan Seni Bina Dan Budaya
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Jun 21, 2024
Terokai pengalaman yang menakjubkan lagi indah di Fairmont Jaipur, India. Destinasi penginapan terbaik yang menjanjikan kemewahan budaya dalam pengurusan hospitaliti, keindahan landskap serta kemegahan seni bina.
Fairmont Jaipur merupakan sebuah penginapan hotel bertaraf lima bintang yang gah seakan istana mewah. Berpangkalan di Pink City, ruang penginapan yang mewah ini mempunyai perincian kemegahan agung Rajasthani. Hotel Fairmont Jaipur menyediakan perkhidmatan kelas pertama buat para pengunjung dengan pengalaman yang luar biasa. Reka bentuk diraja Rajasthani menjadi inspirasi disemai dengan kemudahan moden yang kontemporari. Tetamu pasti dapat merasai keindahan warisan budaya sambil menikmati percutian yang selesa lagi mewah. Pengembaraan ke Fairmont Jaipur juga tidak lengkap tanpa penerbangan bersama AirAsia, menyediakan penerbangan yang cukup selesa dengan hospitaliti terbaik mereka.
Bagai beradu di kamar istana, keunggulan bilik di Hotel Fairmont Jaipur sememangnya amat mengujakan! Setiap perincian dianyam bersama dengan kemewahan warisan Rajasthan yang digabungkan dengan reka bentuk kontemporari. Gerbang Mughal yang rumit membingkai ruang, lalu menyuntik dekorasi yang tampak mewah. Manakala pemilihan fabrik yang minimalis pada langsir dan sofa, membangkitkan lagi elemen yang penuh estetika. Selain itu, pemilihan warna dinding pula menzahirkan rasa nyaman, lantas menjadikan ruang terasa besar dan nyaman.
Ruhab bermaksud ‘orang yang membawa kebahagiaan’. Menjejaki diri ke ruang spa ini ternyata mampu memberikan keseronokan! Padanan dekorasi yang tidak keterlaluan menyuntik suasana yang sedap mata memandang. Kemasan langsir, sofa dan katil turut mendominasi pembentukan ruang spa ini. Padanan dinding serta lantai dengan corak berbeza pula menaikkan seri ruang bilik. Bukan sahaja dekorasi bunga, malah patung dewa juga turut menghiasi lantas mencipta aura yang menarik. Seperti spa biasa, lampu yang malap semestinya lebih sesuai kerana ianya menenangkan untuk berehat.
Walau mempunyai sehingga tiga ruang makan dengan tema yang berbeza, namun ruang makan Zoya menjadi tumpuan. Zoya merupakan restoran makan sepanjang hari yang menghidangkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Ruang makan ditata dalam gaya mewah dengan susun atur meja yang rapi. Kerusi dan meja berkayu menyerlahkan lagi aura estetik diraja. Pemilihan rona dinding serta ruang terbuka yang memberi pandangan terus ke luar, mengalirkan suasana tenang dengan pencahayaan yang menghidupkan ambien ruang.
Fesyen Momen Somrutai Sangchaiphum (Aonsomurutai) ‘Thank you Kateyki!’
Barisan Selebriti & Kerabat Diraja Britain Yang Bergelar Rakan Baik
Barisan Selebriti Yang Bertemu Jodoh Pada Usia Empat Dekad
Hati Caprice Kini Milik Wanita Kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing
Angelina Jolie Dedah Impak Perceraian Terhadap Kerjayanya
Bar Lobi Anjum ini merupakan ruang melepak yang mempersonakan dengan jamuan koktail terbaik. Ruang ini menyajikan bar yang terpampar di tengah-tengah sudut lobi. Susun atur meja pula mengelilingi bar dengan pemilihan sofa melengkung yang sofistikated dan kontemporari. Lampu candelier pula menjadi pelengkap dekorasi yang tampak anggun. Sama seperti ruang makan, ia mempunyai ruang terbuka yang memberi pandangan terus ke luar. Menghasilkan suasana tenang dengan pencahayaan yang menghidupkan pojok lebih romantik.
Menyelam ke dalam ketenangan dengan perairan biru kolam yang dikelilingi oleh seni bina mengagumkan Fairmont Jaipur. Outdoor pool menjadi pilihan buat tempat penginapan bertaraf lima bintang ini. Kolam dengan reka bentuk seperti huruf T, memenuhi ruang landskap yang menakjubkan. Ruangan ini dilengkapi dengan kerusi santai bersama payung serta rumput hijau yang dijaga rapi bagi menyerlahkan lagi tata hias keseluruhan Kolam Chaupar.
Artikel Berkaitan: The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah
Kemegahan Seni Bina Dan Budaya Di Fairmont Jaipur
Kamar Diraja Rajasthani

Foto: Fairmont Jaipur
Oasis Spa Ruhab

Foto: Fairmont Jaipur
Ruang Makan Zoya

Foto: Fairmont Jaipur
Bar Lobi Anjum

Foto: Fairmont Jaipur
See Also
Kolam Chaupar

Foto: Fairmont Jaipur
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
