Related Stories
Home > Gaya Hidup > Fazura Beralih Ke Haluan Kerjaya Baru
Hampir dua dekad bergelar pelakon, Fazura mengambil satu langkah ke hadapan dengan mencuba bidang pengarahan.
Selepas menubuhkan syarikat produksi Fazura Pictures dan aktif menjadi penerbit, aktres dan usahawan berusia 40 tahun itu meluahkan hasrat untuk bergelar sutradara. Menerusi syarikat miliknya, dia mahu menghasilkan lebih banyak karya mengikut kehendaknya. Dalam masa sama, dia mahu turut sama berlakon dalam projek yang dihasilkan. Namun ini bukanlah bermakna dia tidak lagi ditawarkan peluang lakonan daripada syarikat produksi lain.
Namun apa yang penting buat Fazura adalah karya yang dihasilkannya padat dengan mesej berguna. Malah dia mengharapkan agar buah tangannya dapat mendidik minda dan memberi kebaikan kepada semua penonton. “Saya harap nak buat filem, telemovie dan sebagainya. Bagaimanapun karya yang dihasilkan hendaklah memberi manfaat kepada masyarakat. Ini kerana kebanyakan yang kita lihat di kaca televisyen adalah cerita mengarut. Sejujurnya terdapat banyak cerita sedemikian sebab tiada mesej yang hendak disampaikan.”
Baca: Kurniaan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Buat Fazura
“Tawaran berlakon banyak, cuma tidak menepati cita rasa saya. Kebanyakan jalan cerita yang diberikan sebelum ini banyak kisah penyondol, dua perempuan berebut seorang lelaki dan ia membosankan. Saya mahu memartabatkan maruah wanita melalui karya dihasilkan selain mahu menerbitkan drama berkualiti. Saya masih mendalami bidang pengarahan sebelum bergelar sutradara,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Misi Dan Perancangan Fazura Pictures
Syarikat produksi Fazura Pictures baru-baru ini menerbitkan dua buah tangan sulung sempena pelancaran koleksi tudung terbaharu. Diarahkan oleh Bahri Umararif, filem pendek berjudul Adinda dan Kakak Kita Ke Jakarta boleh ditonton di platform YouTube. Fattah Amin turut membintangi kedua-dua filem tersebut. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, misi utamanya adalah untuk menghasilkan lebih banyak karya berbeza di masa hadapan menerusi Fazura Pictures. Pelbagai perancangan akan dilakukan selepas ini. Ini termasuk melibatkan lebih ramai pelakon dan menghasilkan karya dengan genre berbeza. “Tak kisah genre bagaimana, dan memang banyak genre saya mahu hasilkan termasuk seram.”
Foto: Mstar
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
