Related Stories
Home > Uncategorized > Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Dengan Pertunjukan Fesyen Di Trevi Fountain
Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Dengan Pertunjukan Fesyen Di Trevi Fountain
Karl Lagerfeld sekali lagi membuktikan kreativitinya dengan menjayakan pertunjukkan fesyen sempena ulang tahun ke-90 FENDI. Pertunjukkan fesyen yang bertemakan ‘Legends and Fairytales’ itu diadakan di salah sebuah kolam air pancut ikonik dunia iaitu Trevi Fountain, Rom.
Acara bermula pada lewat petang 7 Julai dengan majlis koktel di Akademi San Luca dalam Palazzo Carpegna, tempat bersejarah Roman Palazzo yang pernah menjadi hos untuk persatuan artis yang ditubuhkan pada 1593, hanya beberapa langkah dari Trevi Fountain di mana pertunjukkan fesyen diadakan.
Sempena untuk ulang tahun ini, FENDI telah mempamerkan buku FENDI ROMA secara eksklusif di dalam kawasan pameran. Buku itu mencatatkan sejarah, identiti dan hubungan mendalam jenama fesyen itu dengan kota Rom.
Sambutan ini diteruskan dengan pertunjukkan fesyen di Trevi Fountain. Koleksi bertemakan Legends and Fairytales Haute Fourrure yang direka oleh Karl Lagerfeld ini sekali lagi menjadi contoh kepada rekaan yang unik dan berani. Berlatarbelakangkan pancutan air dan lampu digabungkan dengan irama catwalk memberikan suasana Roman yang ikonik di Trevi Fountain ini.
Model top antarabangsa Kendall Jenner dan Bella Hadid berjalan di atas pentas lutsinar yang diletakkan di atas air semasa matahari terbenam menampakkan ciri-ciri seperti pari-pari terapung.
Pertunjukkan fesyen itu dimulai dengan model terkenal, Kendall Jenner. Koleksi kali ini kelihatan mempersona dengan kot mink, dress chiffon berbuih dan gaun sheer yang digabung dengan teliti untuk menghasilkan adegan di dalam kisah dogeng sperti baying pokok, tumbuhan yang kembang di sepanjang bukit-bukau, istana di atas bukit berserta puteri berambut perang.
Acara diikuti dengan majlis makan malam di Terrazzadel Pincio di Villa Borghese yang menjadi tuan rumah kepadala salah satu daripada pemandangan landskap yang paling menakjubkan di Rom.Acara makan malam itu turut dihiburkan dengan persembahan khas dari Giorgio Moroder, ikon dan lagenda muzik disko yang telah berkolaborasi dengan bintang ternama seperti Barbara Streisand, Freddy Mercury, Donna Summer dan Daft Punk.
Para tetamu jemputan turut dijemput untuk pratonton pameran FENDI ROMA- The Artisns of Dreams di tingkat pertama Palazzo della Civiltaltaliana itu yang ditetapkan sebagai tuan rumah pameran jenama fesyen itu yang dibuka sepanjang tahun kepada orang ramai dan diikuti dengan brunch di teres tingkat satu Palazzo della Civitaltaliana.
FENDI bersama-sama dengan Karl Lagerfeld dan Silvia Venturini Fendi menyambut 90 tahun pencapaian evolusi hebat, avant-garde experimentation, penyelidikan dan inovasi tanpa had Maison itu untuk menghasilkan reka bentuk kot bulu dan aksesori mewah dan moden.
Pertunjukkan fesyen FENDI ini boleh didapati di laman web FENDI www.fendi90years.com.
[soliloquy id="49144"]
[soliloquy slug="fendi-fashion-fairytale"]
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
test instagram
BY Nann
Aug 04, 2025
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
BY suhana
Sep 10, 2019
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, P...
BY Wan Firdaus
Aug 23, 2019
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benark...
BY Wan Firdaus
May 27, 2019
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Poli...
BY Wan Firdaus
May 17, 2019
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bin...
BY Wan Firdaus
May 15, 2019
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Sai...
BY Yusairi Fitri
May 13, 2019
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

