fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Coach x Mint+Serf : Kempen Musim Luruh 2022
“Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023
Alicia Vikander, Fashion Newest’s Risk Taker
Live Streaming: MaxMara Fall 2020
A Night At The Museum – Lestari Budaya Cara Adila Long

GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka

Debaran 25 Oogs 2016 semakin hampir. GLAM membawakan Fashion Future 2016. Tahun ini merupakan tahun kedua GLAM Fashion Future diadakan. Tahun ini GLAM Fashion Future membawa sedikit kelainan dengan menampilkan pereka fesyen antarabangsa dari Indonesia. Misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan paltform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing dan turut memperkenalkan generasi baru pereka fesyen tanah air.
 
Barisan enam pereka fesyen lokal dan antarabangsa yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi kedua ini ternyata punya bakat tersendiri. Ana Abu, Shals, Arared, JN by Jiuan Ng, Kree dan Sapto Djojokartiko. Mari kenali mereka dengan lebih dekat lagi.

3 of 6

Arared

G 0069 1
 
Mas Angelina adalah wanita di sebalik jenama Arared yang cukup gah di laman sosial. Cinta pada dunia fesyen memberikan ruang kepadanya untuk melancarkan label fesyen sendiri. Melihat setiap ceraian yang dipersembahkan Arared, himpunannya membangkitkan perasaan feminin yang paling jitu. percikan palet lembut seperti rona-rona pastel menjadi nadi kepada Arared untuk terus digilai peminat fesyen lokal. Namun, Mas bijak menyuntik elemen moden dengan siluet mencabar wanita.
 
Menjadikan Olivia Hussey sebagai muse, koleksi Arared kali ini diilhamkan dari gaya 70-an, girly and loose. Masih mengekalkan signature warna pastel dengan potongan feminine dan perincian mewah.
 
Jika anda berminat dengan koleksi dari Arared, anda boleh hubungi nombor: 017-2445208 (Mas)

3 of 6

Arared