Millennial It-Girl: Chiara Ferragni
Berumur 29 tahun, wanita berketurunan Itali ini mencapai status selebriti dengan kewujudan blognya. Dalam dunia blogging, beliau dikenali sebagai The Blonde Salad di samping menulis buku berjudul sama. Dalam scene fesyen, beliau dikenali sebagai Chiara Ferragni.
Ketika masih di peringkat universiti, beliau sudah pun menempa nama dalam majalah Teen Vogue kerana blognya. Chiara telah dinobatkan sebagai Blogger of The Year pada tahun 2011 oleh majalah tersebut. Pada masa itu, jumlah pengunjung blognya sudahpun mencecah lebih sejuta orang!
Nukilan Chiara dalam blog fesyennya yang relevan dengan kehendak para tokoh industri fesyen, sekali gus mendorong jenama gergasi seperti Louis Vuitton, Dior dan Chanel untuk berkolaborasi dengannya. Pantene juga telah mengambilnya sebagai wajah baru produk mereka pada Januari 2016.
Dengan lebih 7 juta pengikut di Instagram, Chiara akan memuatnaik pakaian hariannya atau Outfit of the Day (OOTD) setiap hari tanpa gagal. Kebanyakkan OOTD beliau yang senantiasa unik dan tidak konvensional menonjolkan dirinya dari rakan blogger lain. Tubuhnya sering dipakaikan busana-busana dan aksesori latest, dari lofer berbulu Gucci hinggakan gaun bercorak oleh Balmain. Chiara tidak pernah mengulangi OOTDnya.
https://www.instagram.com/p/BLLi4f6BeKE/
Pengaruh Chiara dalam industri fesyen amatlah besar. Wanita berambut blonde ini saban hari makin menjadi buruan paparazzi di samping selalu berada di front row semasa minggu fesyen. Adik beliau, Valentina turut mengikuti langkah kakaknya dalam menceburi bidang fesyen!
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



