Related Stories
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Gaya Hidup > Gaya Hidup Hijau Amalan Kerabat Diraja Britain
Gaya Hidup Hijau Amalan Kerabat Diraja Britain
Perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar telah menjadi misi filantrofi utama kerabat Diraja Britain sejak berdekad lalu yang diturunkan dari generasi ke generasi. Kini dengan ancaman lebih besar dan berbahaya, misi memulihara dan melindungi Bumi menjadi kepentingan baru bagi Putera William, Kate Middleton, Putera Harry dan Meghan Markle.
“Generasi muda Diraja memberi lebih tumpuan kepada perubahan iklim kerana kita telah mencapai titik kritikal,” jelas Victoria Arbiter. Dia merupakan pengulas Diraja dan pengarang Queen Elizabeth II: Pocket Giants. Cuaca ekstrem telah mendorong rakyat dan kerajaan di seluruh dunia untuk melaksanakan perubahan jangka panjang.
Dengan memberi keutamaan kepada pemulihan alam, Putera William dan Harry mengikut jejak langkah bapa serta datuk mereka, Raja Charles III dan mendiang Putera Philip. Raja Charles mendahului zamannya dengan menangani kesan buruk penggunaan plastik serta pencemaran kimia dan udara lebih 50 tahun lalu.
Sewaktu membesar, Putera William dan Harry menyedari keperluan melindungi alam sekitar kerana melihat dengan mata sendiri usaha yang dilakukan bapa dan datuk mereka. Raja Charles mengambil langkah serius dengan mengajak kedua-dua puteranya mengutip sampah ketika cuti persekolahan. Ini mempengaruhi mereka untuk menggunakan platform sendiri bagi memperjuangkan kepentingan alam sekitar kini.
Dua Dekad Bercinta, Emma Bunton Akhirnya Bergelar Isteri
Kenapa Limau Mandarin Menjadi Simbolik Tahun Baru Cina?
Kenali Jordan Beckford, Anak Supermodel Terkenal 90-an Tyson Beckford
Semarak Merdeka Datuk Seri Siti Nurhaliza
Abadikan Setiap Detik: Meneroka Galaxy Z Flip6
Dua Lipa dan Permaisuri Camilla Bertemu di Majlis Booker Prize
Putera Wales dan isteri juga sering dipuji kerana menggunakan fesyen untuk menegaskan pendirian mereka. Oktober lalu pada majlis anugerah Earthshot, Putera William dilihat menyarung jaket baldu rona hijau yang pernah dipakainya pada 2019 bersama celana berusia 20 tahun. Kate pula menggayakan gaun Alexander McQueen yang pernah disarungnya pada BAFTA 2011.
Sementara itu Putera Harry dan Meghan Markle pula menumpukan usaha pada pelaburan mampan. Tahun lalu pasangan Sussex bekerjasama dengan Ethic, sebuah organisasi yang membantu pelabur memindahkan wang kepada syarikat yang melayan orang ramai dan planet dengan penuh rasa hormat.
Mereka bekerjasama dengan Ethic untuk menghasilkan kandungan dan acara yang membantu mendidik komuniti. Ini termasuk mengenai isu global yang penting antaranya perubahan iklim, kesaksamaan jantina, keadilan perkauman, hak asasi manusia dan sebagainya.
Foto: Getty Images
Baca: 10 Protokol Pelik Kerabat Britain Perlu Patuhi

Foto: PA Images/Alamy
Amalan Mesra Alam Yang Dilakukan Pasangan Diraja
Selain bercakap secara terbuka tentang usaha pemuliharaan, Putera William dan isteri, Kate Middleton melaksanakan amalan mesra alam dalam kehidupan seharian. Pasangan Wales dilaporkan memasang titik pengecasan kereta elektrik di Istana Kensington. Mereka juga berdedikasi untuk menjadikan kereta elektrik sebagai simbol semangat mereka bagi melawan perubahan iklim. Dua tahun lalu pasangan itu tiba di majlis anugerah The Earthshot Prize pertama di London menaiki kereta Audi elektrik sepenuhnya yang beroperasi tanpa mengeluarkan sebarang karbon dioksida. Raja Charles membuat penampilan sama ketika tiba di majlis perasmian Sukan Komanwel tahun lalu dengan menaiki Aston Martin. Ia dilaporkan menggunakan bahan api E85 yang dicampur dengan wain putih Inggeris dan dadih daripada keju diproses.
Foto: Page Six
Andrei Cherny, Ketua Pegawai Eksekutif Aspiration berkata, “Kerabat Diraja tidak mempunyai kuasa selain kuasa untuk mendidik, memberi inspirasi dan motivasi. Berbilion orang di seluruh dunia perlu mengubah cara mereka makan, mengembara, berbelanja dan menyimpan. Keluarga Diraja sebaliknya mempunyai kedudukan unik untuk memacu transformasi budaya itu.”Putera William mengambil alih peranan ini dengan melancarkan The Earthshot Prize, anugerah tahunan buat lima pemenang yang komited untuk mencipta penyelesaian alam sekitar. Usaha ini mengukuhkan pendiriannya terhadap perubahan iklim dan menjadikan dedikasinya terhadap usaha itu lebih jelas di mata dunia.

Foto: Getty Images
See Also

Foto: Getty Images
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
