fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Lihat Senarai Penuh Pemenang Grammy Awards 2023
Undang Sebak! Angelina Jolie Menghantar Anaknya Sambung Pelajaran Di Universiti
Scha Alyahya Kongsi Kisah Lara Alana dan Lila Amina Sempena Hari Ibu
6 Wanita Berpengaruh Di Dunia
Delvaux Sambut Savoirs & Savoir-Faire Di Malaysia

5 Filem Wajib Tonton Bakal Ditayang 2025

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Blood Brothers: Bara Naga (Malaysia) 

sharnaaz ahmad

Filem Blood Brothers merupakan naskhah aksi mendebarkan yang mengisahkan tentang dua saudara yang terjerumus dalam dunia jenayah akibat peristiwa silam yang tragis. Berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur yang penuh misteri dan bahaya, filem ini membawa kisah yang mendebarkan. Ia mengupas tema persaudaraan, pengkhianatan, dan perjuangan mencari keadilan dalam dunia yang semakin gelap. Membariskan pelakon berbakat dari industri tempatan seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan oleh gabungan pengarah tersohor Malaysia iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Ia menjanjikan aksi intensif serta jalan cerita yang penuh emosi dan kejutan. Dengan gabungan elemen noir dan keunikan budaya tempatan, Blood Brothers bakal memberikan pengalaman sinematik yang penuh dramatik dan bermakna kepada penonton. 

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse