7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun
Bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown memberi petunjuk telah bertunang dengan anak John Bon Jovi, Jake Bongiovi baru-baru ini. Bagaimanapun mereka bukan satu-satunya pasangan selebriti yang memilih untuk berkahwin muda.
Aktres berusia 19 tahun itu berkongsi foto dirinya dan Jake Bongiovi, 20 sedang berpelukan di Instagram minggu lalu. Jelas kelihatan sebentuk cincin bertatah berlian di jari manisnya. Ini sekali gus mengundang spekulasi bahawa mereka telah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Dia menulis di ruangan kapsyen, “I’ve loved you three summers now, honey, I want ’em all.” Ia merupakan barisan lirik daripada lagu Taylor Swift berjudul Lover. Jika berita pertunangan ini benar, mereka bakal menyertai beberapa lagi selebriti yang menamatkan zaman bujang terlalu muda, ketika masih berusia belasan tahun.
Siapakah artis yang berkahwin sebelum sempat mencecah usia 20 tahun?
Kim Kardashian
Usahawan dan bintang realiti ini bergelar isteri buat kali pertama pada usia 19 tahun. Dia berkahwin dengan penerbit muzik Damon Thomas pada tahun 2000. Pasangan itu hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

Foto: Pinterest
Pada 2018, dia menyindir perkahwinannya dalam satu episod Keeping Up With The Kardashians dengan berkata bahawa dia tersilap membuat percaturan dan berkahwin kerana mengambil pil ekstasi. “Saya ambil pil ekstasi buat kali pertama, tiba-tiba saya mempunyai suami. Saya ambil kali kedua, muncul pula pita seks.” Kim Kardashian kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Kris Humphries dari 2011 hingga 2013 dan Kanye West dari 2014 hingga 2022.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
