Audi A3 Sedan S Line Menjulang Gaya, Keunggulan Dan Prestasi
Audi A3 Sedan S Line tampil elegan, efisien lagi evolusionari dengan susuk rekaan bak sebuah coupé yang cemerlang.
Mendefinisikan Sekali lagi segmen kenderaan kompak mewah, Audi A3 Sedan tampil menggabungkan aksen rekaan baharu yang lebih menyerlah. Dihadirkan bersama teknologi termaju bagi menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Audi A3 Sedan S Line Menjulang Gaya, Keunggulan Dan Prestasi
Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo-4 yang menjana 190PS dan tork 320Nm, Perincian ruang dalamannya direka dengan begitu menawan. Disamping itu, jentera ini tampil lebih luas berbanding model terdahulu yang menggabungkan aspek kemewahan dan teknologi terkini dengan sempurna.

Kokpit Maya Audi: Fokus dan Digital
Ini termasuk ruang kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10 inci dan perkhidmatan ketersambungan Audi connect plus sebagai ciri standard. Stereng dengan butang pelbagai fungsi yang dibalut kulit dan transmisi S tronic yang mudah dikawal memberi lebih keselesaan kepada pemandu.
Eksterior yang Berkuasa dan Elegan
Susuk konstruksi luarannya diperlihatkan dengan ekspresi yang lebih muskular juga garang. Bahagian hadapan didominasi oleh Singleframe dengan gril bercorak sarang lebah (honeycomb) yang diserlahkan bersama sepasang lampu utama.

Garis badan A3 Sedan dilanjutkan sehingga ke bampar belakang yang membuatkannya kelihatan lebih panjang dan memberikan bahagian belakangnya profil yang elegan. Permukaan cekung pada bahagian bawah bahu badan kereta menyerlahkan lagi lekuk dan sil.

Elemen ini mencetuskan efek pencahayaan dan bayang. Sementara itu garis bumbung yang cerun membuatkannya kelihatan seperti sebuah coupé. A3 Sedan ditawarkan dalam lapan pilihan warna: dua kemasan cat solid, lima warna metalik dan satu warna dengan efek mutiara.

Selesa Lagi Dinamik
Sistem suspensi A3 Sedan baharu telah ditala untuk jadi lebih sporty dan harmoni. Sekali gus menawarkan reaksi lebih pantas dan pemanduan yang tepat, terutama untuk mereka yang gemar mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. Semua ini disumbang oleh sistem pengendalian dinamik berpusat yang memastikan interaksi optimum di antara semua komponen ke transverse dinamik.
Pautan berkaitan: Tiguan Allspace #SUVW Buat Semua
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
