Deruan Ultra Mewah Louis Vuitton Buat Formula 1
Selepas pengumuman bahawa LVMH telah menyertai Formula 1 sebagai Rakan Global selama 10 tahun bermula 2025, sukan ini kini mengalu-alukan Louis Vuitton sebagai Rakan Rasmi Formula 1, menggabungkan dua jenama paling berprestij di dunia, yang terkenal dengan inovasi dan keunggulan.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Louis Vuitton akan menjadi Title Partner untuk perlumbaan pertama musim 2025 di Melbourne, yang akan dinamakan FORMULA 1 LOUIS VUITTON AUSTRALIAN GRAND PRIX 2025.
Jenama Perancis ini akan terlibat secara langsung dalam acara perlumbaan, termasuk:
Penjenamaan eksklusif di sekitar litar lumba, menjadikannya kali pertama Louis Vuitton memaparkan identiti jenamanya dalam acara sukan utama.
Peranan penting dalam momen perayaan, seperti majlis pembukaan dan podium kemenangan, di mana Louis Vuitton Trophy Trunks yang ikonik akan dipersembahkan untuk meraikan tiga pemandu terbaik dalam setiap perlumbaan. Trophy Trunks baharu ini akan dihiasi dengan Monogram ikonik Louis Vuitton dan diabadikan dengan huruf “V”, dipadankan dengan palet warna khas untuk setiap perlumbaan, berlatarbelakangkan warna coklat klasik.

Louis Vuitton & Sejarahnya dalam Formula 1
Louis Vuitton telah mencipta hubungan ikonik dengan Formula 1 apabila mereka membangunkan dan memperkenalkan Trophy Trunk pertama melalui kerjasama dengan Automobile Club de Monaco untuk Formula 1 Grand Prix de Monaco (2021-2024).
Sejak itu, Trophy Trunk Louis Vuitton telah menjadi lambang kemenangan dalam beberapa kejohanan sukan paling berprestij di dunia, termasuk:
Bola sepak
Pelayaran
Sukan Olimpik
Perkongsian antara Louis Vuitton dan Formula 1 adalah sebahagian daripada perkongsian global LVMH, yang mencerminkan semangat kolektif untuk kecemerlangan dalam era di mana fesyen, budaya, hiburan, dan sukan semakin berkait rapat.

Stefano Domenicali, President and CEO, Formula 1: “We are thrilled to welcome Louis Vuitton as Title Partner for our first 2025 race. This is a partnership between two global icons linked first and foremost by their great passion for innovation, excellence and creativity, which makes them two exceptional timeless stories. The entry of Louis Vuitton not only enhances the experience of our sport, but celebrates the union of luxury, craftsmanship, and the highest expression of automotive competition. 2025 will be an epic year for Formula 1 and I am proud to start it with our passionate partners at Louis Vuitton.”
Pietro Beccari, Chairman and CEO, Louis Vuitton, said: “I am immensely proud of this partnership between Louis Vuitton and Formula 1 with our shared ambition to always strive for innovation, craft, and precision. The synergy of our two worlds is echoed in the savoir faire of our ateliers and garages, artisans, and engineers, while celebrating the outstanding performance of champion drivers around the world who embark on a journey of excellence with every race.”
Artikel Berkaitan: Selebriti, Pempengaruh Malaysia Meriahkan Acara Louis Vuitton x Murakami Pop-Up
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
