fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Berita Gembira, Hailey Bieber Kini Hamil 6 Bulan
Hari Ibu 2026: Legasi Yang Diteruskan Siti Saleha & Jane Chuck
Highlight Concert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur
Hidap Endometriosis, Emma Roberts Akhirnya Bergelar Ibu
Ruang Pulih di TA’AKTANA, Labuan Bajo

Dolla Setanding Sensasi K-Pop Terkini, New Jeans

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dolla Terus Masyhur Di Peringkat Global

Pencapaian ini tentunya menjadi kejayaan bermakna buat kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Umum mengetahui MsMojo adalah saluran popular yang mengiktiraf artis berbakat dari seluruh dunia, juga yang memberi impak hebat dalam industri hiburan. Ia juga adalah salah satu saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo iaitu saluran video ulung berpusat di Kanada. Dengan lima juta pelanggan dan pengaruh besar, jumlah pengikut baru Dolla pastinya akan terus meningkat.

Dolla

Ini bukanlah kejayaan pertama Dolla di peringkat antarabangsa. Dua tahun lalu, mereka mengukir sejarah apabila dipaparkan pada papan digital ikonik Times Square New York menerusi kempen Equal untuk laman penstriman digital popular, Spotify. Kempen ini bertujuan memupuk kesaksamaan dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh pelosok dunia.

 

Baca: GLAM Persona: Dolla Make You Wanna

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse