Dove Cameron dan Damiano David Umum Pertunangan Di Tahun Baru
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioPasangan bintang popular, Damiano David dan Dove Cameron mengumumkan berita pertunangan mereka di media sosial dengan kapsyen ringkas, “My favourite part of being alive”.
Berita gembira menyelubungi dunia hiburan antarabangsa apabila bintang Dove Cameron dan Damiano David mengumumkan pertunangan mereka secara rasmi baru-baru ini. Pengumuman itu dikongsikan menerusi media sosial Instagram, dengan Cameron memuat naik foto-foto eksklusif meraikan detik istimewa tersebut sambil menayangkan cincin pertunangannya. Damiano turut bersama berkongsi momen dengan memperlihatkan cincin sepadan Cameron, seperti tahun baharu yang menandakan fasa permulaan baharu dalam hubungan yang telah terjalin bersama selama dua tahun.
Kisah Ringkas Buat Berita Gembira Damiano David & Dove Cameron
Dalam foto yang dikongsikan, Cameron tampil anggun dalam busana merah manakala Damiano memandangnya dengan penuh kasih, mencerminkan keintiman yang penuh sentimental. Khabar pertunangan ini hadir selepas spekulasi yang tercetus pada Oktober lalu apabila mereka dilihat mengenakan busana serba hitam sedondon di Australia, dengan Cameron kelihatan memakai cincin di jari manisnya. Beberapa minggu sebelum itu, pasangan ini turut meraikan ulang tahun kedua hubungan mereka dengan luahan perasaan terbuka yang menyentuh hati peminat.
Kisah cinta Dove Cameron dan Damiano David bermula di MTV Video Music Awards 2022, di mana kedua-duanya dicalonkan untuk kategori Artis Baharu Terbaik. Pertemuan semula setahun kemudian membawa kepada jemputan Damiano ke konsert Måneskin di Madison Square Garden, yang akhirnya menyatukan dua dunia berbeza, pop dan rock. Cameron sebelum ini menggambarkan detik awal hubungan mereka sebagai penuh perbualan mendalam dan kejujuran.

Pertunangan ini menjadi satu momen bermakna dalam hubungan mereka yang dibina secara perlahan dan jujur sejak awal. Tanpa gimik berlebihan, Dove Cameron dan Damiano David kekal memilih untuk berkongsi khabar ini dengan cara yang sederhana, selari dengan cara mereka menjalani hubungan selama ini. Kini, pasangan ini melangkah ke fasa seterusnya, dengan tahun baharu yang jelas membawa makna tersendiri buat mereka berdua
Artikel berkaitan: Kate Hudson Umum Pertunangan Dengan Pemuzik, Danny Fujikawa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
