Related Stories
Eyka Farhana Memilih Akhyar Rashid, Ikat Tali Pertunangan Ogos Lalu
Selepas tiga bulan, cinta disulam rapi akhirnya diumumkan. Detik bahagia yang menjadi berita manis. Tahniah Eyka Farhana & Akhyar atas pertunangan.
Cinta yang terjalin sejak 2020 kini dimeterai dengan ikatan pertunangan buat pasangan selebriti dan sukan, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid. Pelakon berbakat dan pemain bola sepak kebangsaan tersebut berkongsi detik manis mereka menerusi hantaran di Instagram, yang menandakan lembaran baru dalam hubungan mereka.
Majlis pertunangan diadakan secara tertutup pada 4 Ogos dengan kehadiran ahli keluarga dan insan tersayang. Dalam foto yang dikongsikan, kedua-duanya tampak serasi mengenakan busana sedondon berona coklat, menyerlahkan kebahagiaan di wajah mereka pada hari istimewanya. “Salam Tunangku” yang ditulis ringkas oleh Eyka. Tahniah diucapkan kepada Eyka dan Akhyar atas pertunangan mereka yang penuh bermakna ini.
Eyka Farhana Kini di Pelamin Pertunangan


Busana berpesona dari MerahJambu yang diperagakan oleh Eyka Farhana benar-benar menampilkan gaya elegan yang sempurna untuk hari istimewanya. Manakala, cincin pertunangan dari Tiffany & Co yang disarung menghiasi jemari Eyka, menambah seri pada momen istimewa pasangan ini.


Pelamin indah yang dihiasi dengan gubahan kuntuman dried flowers memberikan suasana romantis dan mempesona.



Terlihatcjuga diruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah yang manis daripada rakan selebriti dan peminat, membanjiri ruang dengan kasih sayang dan sokongan yang melimpah.
Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
