Gaya Tetamu Di Istiadat Perkahwinan Diraja: Siapa Paling Memukau?
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioTampil cantik dan bergaya bagi meraikan perkahwinan pasangan sama cantik, sama padan.
Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri Yang Mulia Tengku Natasha Puteri Tengku Adnan telah berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang dan disambut dengan meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu.
Tema biru bagi istiadat berinai

Pada malam itu, kedua mempelai mengenakan busana berona biru sedondon di mana pengantin perempuan mengenakan kebaya panjang dan pengantin lelaki dalam persalinan baju melayu cekak musang.
Tetamu yang hadir juga masing-masing mengenakan busana tradisional dan kelihatan sangat anggun dan cantik semasa majlis persandingan diraja ini, antaranya:
1. Puteri Noor Afzan

Puteri Noor Afzan kelihatan sungguh elegan mengenakan baju berona kuning dan barang perhiasan yang menjadi pelengkap kepada gayanya. Manakala rambutnya pula diikat rapi dengan solekan yang bold pada bahagian mata menonjolkan kecantikan semula jadinya.
2. Puteri Afzan Shakira Nabila

Puteri Afzan Shakira Nabila tampil classy dalam busana kurung moden oren berenda di bahagian pergelangan tangan dan pada bawah bajunya. Selain itu, barang perhiasan seperti anting-anting dan rantai bertatahkan berlian pastinya memikat mata orang yang melihatnya.
3. Puteri Tengku Ilyana Abdullah & Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah

Berbusana kurung moden serba hitam pada malam itu, Puteri Tengku Ilyana dan Tengku Puteri Jihan merupakan bridesmaid dan pengapit kepada pengantin lelaki. Tidak sarat dengan aksesori dan rambut diikat rapi, menyerlahkan keanggunan diri mereka sebagai seorang puteri.
4. Tengku Nadira Adnan

Kakak kepada pengantin perempuan, Tengku Nadira Tengku Adnan menggayakan baju kurung moden berona biru juga merupakan salah seorang pengapit kepada pengantin perempuan. Baju dan kain yang dihiasi dengan renda dan manik-manik menambahkan keayuan kepada pemakainya.
5. Ocean Hafiz Alagia

Ocean Hafiz Alagia, kakak ipar kepada pengantin perempuan tampil dengan berbaju kurung berona biru yang dihiasi corak dan manik-manik. Mengenakan solekan yang simple dan rambut diikat rapi ke belakang menyerlahkan kecantikkannya pada malam itu.
Artikel Berkaitan: Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
