Related Stories
GLAM It Girl: Baity Rmeli
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioGLAM menampilkan It-Girl bulan ini, Baity Rmeli yang merupakan seorang pempengaruh digital yang amat mencintai dunia kecantikan dan fesyen yang elegan.
Baity Rmeli atau lebih dikenali sebagai Baity (@baityrmeli), adalah antara fashionista terawal yang meraih perhatian warga media sosial. Sehingga kini, Baity kekal aktif berkongsi stail peribadi dan diperhatikan gayanya semakin berestetika, ‘clean’ dan ‘classy’. Baity kongsi seperkara dua mengenai stail, kecantikkan dan gaya hidupnya.
Baity Rmeli, It-Girl Bulan Ini
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Persistent, adventurous dan passionate.

2. Kongsikan satu perkara tentang anda yang orang lain tidak tahu.
Satu rahsia tentang saya ialah saya mempunyai tabiat membeli-belah yang serius. I like to call myself a shopaholic. But shhh, don’t tell anyone!
3. Kongsikan revolusi gaya peribadi?
Revolusi gaya peribadi telah membuatkan saya beralih daripada memakai pakaian yang berani kepada gaya yang lebih chic. Penampilan saya tidak pernah melebihi dua warna kerana saya suka mengekalkannya ringkas namun bergaya.
4. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Saya baru-baru ini membeli sepasang kasut tumit daripada Manolo Blahnik yang mempunyai sophisticated fashion statement dan sesuai untuk majlis tertentu.

5. Apakah rutin makeup anda di pagi raya?
Untuk rutin solekan di pagi Raya, saya mulakan dengan primer dan serum hibrid untuk hasil solekan ini kelihatan segar dan dewy. Ia juga dapat mengunci kelembapan dan memastikan solekan tahan lama sepanjang hari. Kemudian, saya meneruskan solekan Raya saya yang merangkumi sentuhan pembayang mata berona coklat dan dipadankan dengan gincu merah jambu.
Sunscreen is a must before applying makeup, memastikan kecantikan dan kesihatan terpelihara dengan mudah. Terutama apabila kita mengambil gambar OOTD Raya di luar rumah, adalah penting untuk melindungi kulit kita sambil tetap kelihatan fabulous!
6. Apakah aktiviti anda pada waktu lapang?
Saya suka berehat dengan menonton Netflix, aktif dengan Pilates, bermain dengan anak saudara saya dan kadang-kadang berehat santai dengan rakan-rakan sambil menikmati secawan kopi.
7. Apakah tips penjagaan rambut anda?
Potong dengan kerap, gunakan syampu yang lembut, kerapkan menggunakan conditioner, elakkan haba, lindungi daripada matahari, pilih gaya rambut yang lebih longgar dan pertimbangkan sarung bantal sutera untuk penjagaan rambut.

8. Di manakah anda lihat diri anda dalam jangka 5 tahun?
Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya membayangkan diri saya terus belajar, berkembang secara peribadi, menerima cabaran dan peluang baharu dengan tidak pernah berhenti belajar. Saya berharap dapat mengekalkan ikatan saya dengan mereka yang paling rapat, memupuk hubungan yang berharga ini semasa kita mengharungi kehidupan bersama, sambil berusaha ke arah membina dan menghargai keluarga yang saya impikan selama ini.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
