PAULIUS STANIUNAS
Nama penuhnya, Paulius Staniunas merangkap pengasas studio fotografi kreatif, All Is Amazing. Pasti ada yang mengenali dengan pemuda asal Lithuania ini. Mula memotret kehidupan malam untuk projek “All is Amazing”, di mana Paul merakam potret pengunjung di kelab malam, konsert serta acara muzik. Kemudian, kelibatnya mula tampil memotretkan para tetamu di acara keramaian fesyen seperti minggu pementasan fesyen. Hampir kesemua acara fesyen yang direncanakan di ibu kota dikuasai Paul bersama pasukannya. Pemuda berusia 37 tahun ini juga sudah bekerja sama bersama GLAM bagi merakamkan portret para undangan buat parti fesyen tahunan anjuran GLAM serta GLAM Lelaki.
Apakah gear kamera yang anda gunakan pada masa lalu dan sekarang?
Kami menggunakan kamera DSLR dan mirrorless kamera. Dahulu kami senang mengendalikan kamera Canon dan tiga tahun yang lalu, beralih kepada Sony. Kamera Sony ialah peralatan utama kami saat ini kerana dasar kamera cerminnya jauh lebih baik dari yang lain. Namun, kami juga masih menggunakan kamera Canon; mengimbangi tugasan yang bersesuaian.
Bagaimana anda memilih subjek untuk dikerjakan?
Keterbiasaanya klien akan datang kepada kami dan meminta untuk mengambil gambar mengikut cara kehendak mereka. Itu yang bakal menentukan skill fotografi kami. Tetapi jika tidak punya komitmen bersama klien, saya akan bekerjasama dengan model di studio. Model juga memberi inspirasi dan membantu saya untuk mencapai visi kreatif yang tersendiri.
Karya fotografi anda yang manakah menjadi kegemaran?
Fotografi travel saya merupakan foto kegemaran saya kerana ia terjadi secara natural. Saya jatuh cinta dengan kecantikan pengembaraannya. Saya suka dengan persekitaran baru yang bakal dijelajahi juga orang sekelilingnya. Apabila saya merakam foto mereka dan melihat kembali foto tersebut, ia mengingati saya tentang setiap perinci kejadian yang telah berlalu. Ia selalu mengingatkan saya tentang kenangan terindah, mengingatkan saya tentang sesuatu yang telah saya pelajari semasa melancong dan berkesempatan untuk bertemu pelbagai individu.

Tiga perkara baharu yang dipelajari?
Bagi saya terdapat lebih daripada tiga perkara yang saya pelajari mengenai fotografi. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kami beralih ke fotografi studio dan ia jauh beza sekali dengan kemahiran yang kami ada sebelum ini. Kami belajar banyak mengenai menyelaraskan cahaya lampu, mengarahkan model, belajar mengenai moodboard, bekerja sebagai satu pasukan, bekerja sebagai pengarah seni kreatif dan bekerja dibawah tekanan. Paling utamanya, menterjemahkan visi isi kandungan yang jelas kepada klien dan orang ramai. Ia amat mencabar dan saya amat menyukainya.
Big Break pertama anda?
Saya berjaya mengendalikan cahaya di studio dan memahami bagaimana fungsinya. Ia sangat menarik bagi saya kerana ia merupakan pengalaman yang baharu dan berbeza dengan apa yang lakukan sebelum ini. Jika merakam foto di acara, saya akan menggunakan formula fotografi yang biasa digunakan. Begitu juga kepada studio fotografi. Setiap tempat memerlukan formula dan skill yang berbeza lalu anda bakal memotretkan foto yang lebih baik.
Adakah seni halus penting dalam karier anda?
Seni halus sangat penting kerana ia merupakan sumber inspirasi kepada pelbagai jenis kreatif. Dan saya percaya saya akan mendapat banyak kerja di masa hadapan apabila pandemik ini berakhir. Ya, saya sedikit beralih kepada dunia fotografi fesyen. Saya meminati hasil kerja Bibo Aswan dan Chuan Looi, mereka merupakan nama besar di Malaysia dan saya berharap dapat mempelajari 10% daripada skill mereka.
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: #SokongLokal