Golden Bull ‘Mengganas’ Di Pavilion KL
Bersempena kedatangan Tahun Baharu Cina, Pavilion KL mempersembahkan animasi Golden Bull dalam tiga-dimensi sebagai simbol memerangi penularan Covid-19.
Dalam mengungguli inovasi terkini, Pavilion KL terus mencipta sejarah dengan menjadi pusat beli-belah yang pertama memaparkan persembahan animasi tiga-dimensi Golden Bull. Ia melantangkan energi dan bersatu untuk memerangi Covid-19 dalam menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina dengan kesihatan dan kemakmuran.
Persembahan animasi tiga-dimensi ini dipaparkan melalui skrin LED gergasi di Pavilion Elite, yang merupakan terbesar di Bukit Bintang. Sejak mula dipertontonkan kepada umum, persembahan tiga-dimensi yang luar biasa ini telah tular di media sosial bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Buat pengunjung yang berminat, persembahan tiga-dimensi ini boleh disaksikan dari Crystal Foundation yang ikonik di hadapan pintu utama Pavilion KL. Ia bermula apabila Bull disemburkan dengan cat keemasan sebelum ia memecah dinding kaca sebagai simbol memerangi penularan Covid-19. Skrin LED di Pavilion Elite yang bersaiz 1.310 meter persegi sempurna dalam memaparkan animasi dan teknologi terkini.
Selain mencipta rekod melalui animasi tiga-dimensi Golden Bull di skrin LED Pavilion Elite, Pavilion KL juga mencipta rekod dengan ‘Biggest Golden Bull’ yang boleh disaksikan di Centre Court. Sambutan ‘Blessings of Prosperity’ bersempena Tahun Baharu Cina, pusat beli belah ikonik Kuala Lumpur ini telah membina Golden Bull terbesar yang berukuran 15 kaki tinggi dan 16 kaki lebar. Pengunjung boleh menyaksikan ikon kekuatan ini di atas pentas berputar sehingga Mac 2021.
Pengunjung boleh menonton persembahan animasi tiga-dimensi ini di sini, atau saksikan sendiri secara langsung di pusat beli belah Pavilion KL.
Baca lebih lanjut: Resipi Mudah Untuk Meraikan Tahun Baharu Cina
Foto: Pavilion KL
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
