Related Stories
Home > Gaya Hidup > Hidup Sibuk Dan Aktif? Ini Tip Meal Prep Untuk Hidup Sihat Dan Mudah
Hidup Sibuk Dan Aktif? Ini Tip Meal Prep Untuk Hidup Sihat Dan Mudah
Dalam dunia moden yang pantas, masa seolah-olah sentiasa mengejar kita. Dari mesyuarat berterusan hingga jadual kerja yang padat, mencari masa untuk makan dengan sihat kadang-kadang nampak mustahil. Di sinilah meal prep muncul sebagai penyelamat. Ia menjadi rahsia hidup sihat, mudah, dan praktikal untuk anda yang hidup sibuk dan aktif.
Apa itu meal prep? Secara ringkas, meal prep bermaksud menyediakan makanan lebih awal untuk beberapa hari atau minggu. Ia bukan sekadar memasak dalam kuantiti banyak. Ia tentang merancang, menyediakan, dan menyimpan makanan supaya apabila anda mempunyai masa yang terhad, anda masih boleh menikmati hidangan penuh nutrien tanpa stress. Hidup sibuk bukan alasan untuk abaikan pemakanan sihat. Fokus kepada strategi yang efektif untuk rutin harian anda. GLAM kongsi tip meal prep untuk individu yang sentiasa sibuk agar anda masih boleh menikmati makanan yang penuh nutrisi dan mudah!
Rancang mengikut keperluan anda adalah kunci untuk meal prep yang efektif dan praktikal. Dengan merancang menu untuk 3–5 hari ke hadapan, anda perlu memastikan variasi makanan adalah menarik dan tidak membosankan, tetapi juga menyesuaikan hidangan mengikut keperluan harian. Anda juga hendaklah mempertimbangkan jumlah hidangan yang diperlukan serta pemilihan bahan yang sedang dalam musim. Contohnya, anda boleh memilih menu yang ringkas tetapi mengenyangkan seperti sandwich atau overnight oats untuk sarapan. Hidangan sebegini bukan sahaja mudah disediakan dan tahan disimpan, malah sesuai dinikmati ketika waktu pagi yang selalunya dipenuhi dengan kesibukan sebelum memulakan hari.
Menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar sekaligus turut boleh membantu anda menjimatkan masa tetapi tetap dapat menikmati makanan penuh nutrisi. Dengan memasak hidangan dalam kuantiti besar sekaligus untuk kegunaan beberapa hari, anda hanya perlu membahagikannya ke beberapa bahagian kecil untuk disimpan dan dinikmati sepanjang minggu. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan masa di dapur, malah memastikan setiap hidangan lebih teratur dan mudah dicapai bila diperlukan. Lebih menarik, anda masih dapat mengawal kandungan nutrisi dalam setiap sajian sekaligus menjadikan rutin pemakanan lebih seimbang dan konsisten. Satu langkah yang praktikal namun hasilnya gaya hidup yang lebih terurus dan sihat.
Untuk memastikan makanan yang disediakan kekal segar dan selamat untuk dinikmati, anda hendaklah menggunakan bekas yang berkualiti. Pilih bekas penyimpanan yang kedap udara agar rasa, tekstur dan kualiti hidangan dapat dikekalkan lebih lama. Ia juga penting agar anda memilih bekas yang BPA-free, microwave safe dan leak proof. Selain membantu mengekalkan kesegaran makanan, bekas yang sesuai juga memudahkan anda membawa hidangan ke tempat kerja, gym atau ketika berada di luar sepanjang hari. Dengan penyimpanan yang betul, meal prep menjadi lebih praktikal untuk gaya hidup yang sibuk.
Fokus pada bahan seperti ayam, telur, ikan, sayur segar yang mudah disimpan, dan bijirin, kerana ia bukan sahaja mudah dimasak tetapi juga dapat bertahan lebih lama tanpa menjejaskan kualiti. Dengan pemilihan bahan yang tepat, anda boleh menyediakan hidangan yang sihat dan mudah untuk beberapa hari ke hadapan, sekaligus menjadikan rutin harian lebih teratur dan bebas tekanan. Utamakan bahan protein, karbohidrat dan sayur-sayuran yang boleh digabungkan dalam pelbagai resepi.
Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk beku, pastikan setiap bekas dilabel dengan jenis hidangan dan tarikh penyimpanan. Cara ini memudahkan anda untuk memantau apa yang ada, serta memastikan hidangan yang lebih lama digunakan terlebih dahulu. Dengan tip mudah ini, meal prep menjadi lebih teratur dan tiada makanan yang terbuang.
Artikel berkaitan: Nak Lambat Penuaan? Ini Rahsia Di Sebalik Pinggan Anda
Ini Panduan Ringkas Meal Prep Untuk Gaya Hidup Sihat!
1. Rancang mengikut keperluan
Rancang mengikut keperluan anda adalah kunci untuk meal prep yang efektif dan praktikal. Dengan merancang menu untuk 3–5 hari ke hadapan, anda perlu memastikan variasi makanan adalah menarik dan tidak membosankan, tetapi juga menyesuaikan hidangan mengikut keperluan harian. Anda juga hendaklah mempertimbangkan jumlah hidangan yang diperlukan serta pemilihan bahan yang sedang dalam musim. Contohnya, anda boleh memilih menu yang ringkas tetapi mengenyangkan seperti sandwich atau overnight oats untuk sarapan. Hidangan sebegini bukan sahaja mudah disediakan dan tahan disimpan, malah sesuai dinikmati ketika waktu pagi yang selalunya dipenuhi dengan kesibukan sebelum memulakan hari.
2. Batch cooking
Menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar sekaligus turut boleh membantu anda menjimatkan masa tetapi tetap dapat menikmati makanan penuh nutrisi. Dengan memasak hidangan dalam kuantiti besar sekaligus untuk kegunaan beberapa hari, anda hanya perlu membahagikannya ke beberapa bahagian kecil untuk disimpan dan dinikmati sepanjang minggu. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan masa di dapur, malah memastikan setiap hidangan lebih teratur dan mudah dicapai bila diperlukan. Lebih menarik, anda masih dapat mengawal kandungan nutrisi dalam setiap sajian sekaligus menjadikan rutin pemakanan lebih seimbang dan konsisten. Satu langkah yang praktikal namun hasilnya gaya hidup yang lebih terurus dan sihat.
3. Gunakan bekas berkualiti
Untuk memastikan makanan yang disediakan kekal segar dan selamat untuk dinikmati, anda hendaklah menggunakan bekas yang berkualiti. Pilih bekas penyimpanan yang kedap udara agar rasa, tekstur dan kualiti hidangan dapat dikekalkan lebih lama. Ia juga penting agar anda memilih bekas yang BPA-free, microwave safe dan leak proof. Selain membantu mengekalkan kesegaran makanan, bekas yang sesuai juga memudahkan anda membawa hidangan ke tempat kerja, gym atau ketika berada di luar sepanjang hari. Dengan penyimpanan yang betul, meal prep menjadi lebih praktikal untuk gaya hidup yang sibuk.
4. Pilih bahan yang praktikal dan tahan lama
Fokus pada bahan seperti ayam, telur, ikan, sayur segar yang mudah disimpan, dan bijirin, kerana ia bukan sahaja mudah dimasak tetapi juga dapat bertahan lebih lama tanpa menjejaskan kualiti. Dengan pemilihan bahan yang tepat, anda boleh menyediakan hidangan yang sihat dan mudah untuk beberapa hari ke hadapan, sekaligus menjadikan rutin harian lebih teratur dan bebas tekanan. Utamakan bahan protein, karbohidrat dan sayur-sayuran yang boleh digabungkan dalam pelbagai resepi.
5. Label dan catat tarikh makanan anda
Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk beku, pastikan setiap bekas dilabel dengan jenis hidangan dan tarikh penyimpanan. Cara ini memudahkan anda untuk memantau apa yang ada, serta memastikan hidangan yang lebih lama digunakan terlebih dahulu. Dengan tip mudah ini, meal prep menjadi lebih teratur dan tiada makanan yang terbuang.
Artikel berkaitan: Nak Lambat Penuaan? Ini Rahsia Di Sebalik Pinggan Anda
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
