fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jalin Persahabatan Dengan Pemangsa Seksual, Oprah Winfrey Dituduh Hipokrit
10 Atlet Lelaki Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali
Simbolik Nama Ana Nayla, Puteri Sulung Ayda Jebat & Nabil Mahir
Titik Akhir Cheong Jun Hoong Sebagai Penerjun Negara
Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim

Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Met Gala 2023

Met Gala 2023 bakal berlangsung pada 1 Mei 2023 di New York. Tahun ini temanya 'In Honor of Karl", siapakah yang bakal hadir melewati karpet merah acara berprestij ini?

Pameran Institut Kostum menampilkan tema "Karl Lagerfeld: A line of Beauty" untuk tahun ini bertujuan meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld. Seperti yang diketahui, mendiang yang meninggal dunia pada tahun 2019 di saat usianya mencecah 85 tahun ini banyak menabur bakti memperkasakan lagi jenama-jenama hebat seperti Balmain, Chloé, Patou, Fendi dan Chanel. Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah dibuat Lagerfeld.

Untuk tahun 2023 ini, Met Gala akan dihoskan oleh Penélope Cruz, Michaela Coel, Roger Federer, Dua Lipa juga Anna Wintour. Turut menyaksikan ratusan teman rapat mendiang yang bakal hadir sebagai tetamu penting dan bakal mempersembahkan busana yang terinspirasi daripada tema "In Honor of Karl" ini.

Apakah Itu Met Gala?

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bolehkah orang biasa menyertai acara berprestij ini?

Jika anda mampu untuk mengeluarkan duit yang banyak, mungkin anda boleh dijemput ke majlis gala ini. Jika tahun yang lalu, satu tiket masuk sahaja sudah mencecah $35,000 manakala sebuah meja berharga daripada $200,000 hingga ke $300,000.

 

Pautan Berkaitan: Blake Lively Beri Penghormatan Kepada Gossip Girl Menerusi Gaun Met Gala

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse