Related Stories
Jisoo Akhirnya Umum Lancar Album Solo, Peminat K-Pop Seluruh Dunia Teruja!
Berita gembira buat peminat BLACKPINK! Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya Jisoo, BLACKPINK mengumumkan album solonya yang akan dilancarkan pada Mac akan datang!
Baru-baru ini, kumpulan K-pop sensasi dunia, BLACKPINK telah hadir ke Kuala Lumpur buat konsert jelajah dunia ‘Born Pink‘ mereka. Konsert itu meraih sambutan yang hangat dengan puluhan ribu penonton yang hadir. Peminat mereka yang digelar ‘Blinks’, meluah rasa gembira dan berpuas hati dengan persembahan daripada ahli-ahli BLACKPINK itu. Kini terdapat lagi satu berita gembira buat Blinks terutamanya yang meminati Jisoo!
Album Solo Jisoo
Jisoo, BLACKPINK telah mengumumkan berita gembira yang telah menarik perhatian ramai peminatnya dari seluruh dunia. Seperti yang dinanti-nantikan, Jisoo akhirnya akan mengeluarkan album solo yang telah lama ditunggu oleh Blinks! Dia mengumumkan dengan memuat naik laman Instagramnya dengan kapsyen ‘jumpa lagi’ dalam bahasa Korea. Menurutnya, album solo akan dilancarkan pada 31.03.2023 dan pengumumannya itu telah menjadi hangat dan tular di semua media sosial!
https://www.instagram.com/p/CpaWBwQLsiP/?utm_source=ig_web_copy_link
Label agensi BLACKPINK, YG Entertaiment mengumumkan penyanyi yang berusia 28 tahun itu akhirnya akan mempunyai single solonya sendiri. Turut diperkatakan, mereka sedang merakam video muzik Jisoo di luar negara dengan bawah kerahsiaan yang ketat. YG Entertaiment memberi bayangan bahawa projek album solo ini mungkin akan menjadi “blockbuster”. Jisoo seorang bintang dari Korea Selatan yang sangat popular. Setiap kali dia hadir ke jemputan pentas peragaan fesyen Dior sebagai duta, dia sering kali menjadi antara selebriti yang akan mendapat perhatian ramai.
https://www.instagram.com/p/CpOE98zIGKI/?utm_source=ig_web_copy_link
Jisoo merupakan ahli terakhir daripada kumpulannya yang akan debut album solo. Jennie merupakan yang pertama melancarkan album solo pada tahun 2018. Albumnya yang bertajuk “SOLO” meraih sehingga 16.4 juta penonton di Youtube dalam masa 24 jam selepas ianya dilancarkan. Selepas itu, Rose pula yang melakukan debut solonya pada tahun 2021 dengan dua lagu iaitu “On The Ground” dan “Gone”. Pada tahun yang sama, Lisa mengambil giliran melancarkan album solonya yang bertajuk “Lalisa”. Album Lisa mendapat sambutan luar biasa sehingga dia memenangi “MTV Video Music Award” dan menjadikan Lisa penyanyi K-pop pertama yang memenangi anugerah dalam sejarah MTV.
BLACKPINK semestinya kumpulan K-pop global dengan banyak pencapaian yang telah mereka peroleh. Mampukah album solo Jisoo menjadi blockbuster sama seperti rakan sekumpulannya atau mungkin menjadi lebih hit lagi? Mari kita tunggu dan lihat!
Pautan Berkaitan: Jisoo Terbitkan Sisi Whimsical Lady Dior
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
