fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Penginapan Mewah Atas Awan Bakal Dibuka Ogos Ini!
Deepika Padukone & Ranveer Singh Kongsi Maternity Shoot Bersama Peminat
“It’s Time To Let Go” – Jada Pinkett Smith Cukur Mahkota Kesayangan
Avani+ Khao Lak Resort Destinasi Aman Di Thailand
Tan Sri Michelle Yeoh Dinamakan Sebagai Icon Of The Year

Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh

Tahun 2022 memahat detik hitam buat pemain bola sepak tersohor Ronaldo, teman wanitanya Georgina Rodriguez dan anak-anak mereka.

Pada bulan April Georgina melahirkan sepasang anak kembarnya bersama Ronaldo, bagaimanapun hanya seorang sahaja yang hidup dan diberi nama Bella Esmerelda. Pempengaruh media sosial itu meluahkan keperitan yang dialaminya dalam I Am Georgina musim kedua yang disiarkan baru-baru ini.

Memasuki tahun 2023, Ronaldo membawa Georgina dan lima anaknya iaitu Cristiano Jr, pasangan kembar Eva dan Mateo, Alana serta Bella berpindah ke negara Timur Tengah, Arab Saudi. Perpindahan itu adalah sebahagian daripada perjanjian penting yang ditandatangani Ronaldo bersama kelab bola sepak Al-Nassr. Menurut Sporting News, dia menjana pendapatan melebihi RM938 juta setahun dengan kontrak selama dua tahun enam bulan.

Jadi bagaimana kehidupan Ronaldo & Georgina selepas beberapa bulan menetap di Arab Saudi?

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perubahan Rutin Keluarga

Tidak lama sebelum rancangan realiti musim keduanya disiarkan, Georgina mendedahkan bagaimana perpindahan ke Arab Saudi mengubah rutin mereka sekeluarga. Katanya kepada El Hormiguero, pasukan Al-Nassr tidak berlatih pada awal pagi disebabkan cuaca panas. Ketika Ronaldo bermain untuk Manchester United, mereka bangun pagi pada waktu sama dan bersarapan bersama sebelum latihan bermula. Tetapi kini Georgina bangun pada jam 6.30 pagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah manakala Ronaldo pula bangun beberapa jam kemudian kerana latihannya bermula agak lewat.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse