Related Stories
Lee Seung Gi & Lee Da In Timang Puteri Sulung
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pasangan K-Drama popular Lee Seung Gi dan Lee Da In akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama.
Khabar gembira itu dikongsikan agensi pengurusan milik mereka Human Made menerusi satu kenyataan rasmi.
“Dengan segala suka cita kami ingin memaklumkan bahawa Lee Seung Gi dan Lee Da In telah menimang anak perempuan pada 5 Februari lalu.
“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Lee Seung Gi meluahkan rasa teruja dan bersyukur kerana puterinya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah.”

Berita kehamilan Lee Da In didedahkan pihak media pada November 2023 sebelum Human Made mengesahkannya tidak lama kemudian.
Agensi pengurusan Lee Da In, 9Ato Entertaiment turut memaklumkan bahawa aktres itu telah pun memperlahankan kerjaya seni untuk memberi fokus pada kehamilannya.
Perjalanan Cinta Lee Seung Gi & Lee Da In
Pasangan popular ini mendedahkan percintaan kepada umum pada Mei 2021 selepas setahun menjalin hubungan secara rahsia. Mereka bertemu satu sama lain sebagai rakan sekerja sebelum menjadi rapat kerana mempunyai minat sama dalam sukan golf.
Tanggal 7 April 2023, Lee Seung Gi dan Lee Da In disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup. Acara yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat itu berlangsung gemilang di Grand InterContinental Seoul Parnas Hotel, Seoul.

Foto: Metro.Style
Rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis termasuk Lee Dong Wook, Cha Eun Woo, Jay Park, Yoo Yein Seok dan Bae Suzy. Bintang Running Man, Yoo Jae Seok dipilih sebagai pengacara majlis.
Lee Da In tampil persis bidadari dalam tiga gaun mewah, dua daripadanya adalah rekaan Pnina Tornai dan Muse by Berta. Aktor berusia 37 tahun itu turut menggayakan dua tuksedo berbeza warna iaitu hitam dan putih.
Foto: Soompi
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
