Related Stories
Home > Gaya Hidup > Mahligai Cinta Diraja Persandingan Acheh Tengku Bendahara & Tengku Natasya
Mahligai Cinta Diraja Persandingan Acheh Tengku Bendahara & Tengku Natasya
Istiadat persandingan yang bersejarah buat Tengku Muhammad dan Tengku Natasya kini menjadi momen terindah yang dinanti-nantikan bagi semua.
Di singgahsana cinta, kedua mempelai bersanding indah, disatukan dengan doa dan restu yang mengiringi perjalanan hidup mereka bersama dengan penuh keindahan, cinta, dan harapan yang mekar. Pada 30 Oktober lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan yang diadakan di Hotel St. Regis.
Suntingan tradisi Acheh terlihat pada hiasan kepala simbolik adat istiadat Indonesia. Busana kebaya maroon yang disarung oleh Tengku Natasya dari Vera Anggraini Kebaya yang menawan memberikan gabungan sentuhan tradisional membuat momen bahagia terasa indah.
Dengan penuh keanggunan dan kebahagiaan, Yang Mulia Tengku Natasya Puteri, kini isteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, tampil memukau sejurus sebelum melangkah ke pelaminan. Potret indah dan penuh makna antara pengantin diraja ini berjaya dirakam dengan sempurna, menangkap detik-detik bersejarah yang jarang berlaku, mekar hanya sekali dalam kehidupan.
Saat yang penuh makna ini, menyaksikan persandingan buat dua jiwa bersatu dalam ikatan yang suci, menjadi kenangan abadi yang akan dikenang sepanjang zaman. Cinta yang bersemi di pelaminan, membawa harapan dan doa untuk perjalanan kehidupan bersama yang penuh kebahagiaan dan keberkatan.
Manakala pada 28 Oktober 2024 lepas, Istiadat persandingan penuh tradisi antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung megah di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, disaksikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Galaxy Z Flip3 5G: Lima Sebab Perlu Miliki!
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Siti Saleha & Tyra Kamaruzzaman Serlah Gaya Feminin Longines
10 Filem Ikonik Lakonan Ryan Gosling
Kanye West Tawar Vaksin Covid-19 Percuma Di Acara Ketiga Donda
5 Filem Terbaik Catherine O’Hara yang Tidak Akan Dilupakan
Melangkah masuk ke Balai Mahkota, sosok Tengku Natasya Puteri yang anggun memperagakan busana kahwin serba putih dari pereka HianTjen berhias penuh manik berkilauan. The Majestic White, busana direka khas untuk Istiadat Bersanding. Kesopanan, kesucian, dan keabadian diserlahkan dalam rona putih istimewa, diperbuat daripada kain tenunan Brunei yang disempurnakan dengan sulaman tangan mengikut corak geometri tenunan Brunei.
Dengan perincian yang mewah dan halus, corak yang menawan ini tampak lebih magis pada potongan berstruktur, dengan kilauan lembut yang menambahkan seri pada gaun dan ekor panjang yang mencecah lantai. Setiap perinciannya terletak seperti bisikan lembut, memperlihatkan kehalusan dan keindahan diraja yang memancarkan keanggunan dan kecantikan yang serasi dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia.
Ketibaan pengantin lelaki yang tampan dalam rona yang sama, diiringi alunan indah instrumen selo, menambah suasana penuh magis pada istiadat gemilang ini. Majlis penuh gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, bersama paduka-paduka kakanda dan adinda serta kerabat diraja Pahang. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut hadir memberikan restu.
Pada jam 8.36 malam, Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan keagungan warisan diraja. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hadir menyaksikan detik indah tersebut, tampil memukau dalam persalinan krim yang elegan.
Pasangan pengantin diraja yang sama anggun dan sepadan, dengan senyuman yang tidak lekang di wajah, kemudian diiringi Tengku Amir. Upacara persandingan ditutup dengan bacaan doa untuk keberkatan majlis, sebelum pasangan diraja menuju ke Balai Bendahara bagi sesi memotong kek dan santapan. Tetamu disajikan pelbagai hidangan tradisional Pahang, termasuk Patin Buah Tempoyak dan Ayam Kampung Gulai Tempoyak.
Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan
Cinta Penuh Tradisi Terpatri, Tengku Natasya Dan Tengku Muhammad Terbina Bahagia.

Kredit: Moza Wahyu via Istagram @mozawahyu

Kredit: Moza Wahyu via Istagram @mozawahyu
Saat yang penuh makna ini, menyaksikan persandingan buat dua jiwa bersatu dalam ikatan yang suci, menjadi kenangan abadi yang akan dikenang sepanjang zaman. Cinta yang bersemi di pelaminan, membawa harapan dan doa untuk perjalanan kehidupan bersama yang penuh kebahagiaan dan keberkatan.
Manakala pada 28 Oktober 2024 lepas, Istiadat persandingan penuh tradisi antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung megah di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, disaksikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kredit: HIAN TJEN via Instagram

Kredit: HIAN TJEN via Instagram
See Also

Kredit: HIAN TJEN via Instagram
Ketibaan pengantin lelaki yang tampan dalam rona yang sama, diiringi alunan indah instrumen selo, menambah suasana penuh magis pada istiadat gemilang ini. Majlis penuh gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, bersama paduka-paduka kakanda dan adinda serta kerabat diraja Pahang. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut hadir memberikan restu.
Pada jam 8.36 malam, Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan keagungan warisan diraja. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hadir menyaksikan detik indah tersebut, tampil memukau dalam persalinan krim yang elegan.
Pasangan pengantin diraja yang sama anggun dan sepadan, dengan senyuman yang tidak lekang di wajah, kemudian diiringi Tengku Amir. Upacara persandingan ditutup dengan bacaan doa untuk keberkatan majlis, sebelum pasangan diraja menuju ke Balai Bendahara bagi sesi memotong kek dan santapan. Tetamu disajikan pelbagai hidangan tradisional Pahang, termasuk Patin Buah Tempoyak dan Ayam Kampung Gulai Tempoyak.
Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
