Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric
Tanpa Kim Cattrall, ‘Sex and the City’ Akan Kembali Di HBO Max
Ilustrasi Fesyen Cruella Dalam Inspirasi Kebudayaan Malaysia
Gaya Tetamu Di Istiadat Perkahwinan Diraja: Siapa Paling Memukau?
Jamu Mata Dan Rasa
Home > Gaya Hidup > Meghan Markle Menyarung Peninggalan Puteri Diana Dalam Wawancara Terbaharu

Meghan Markle Menyarung Peninggalan Puteri Diana Dalam Wawancara Terbaharu

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Duchess of Sussex, Meghan Markle dilihat memberi penghormatan terus-menerus kepada mendiang ibu mentuanya.

Menerusi pratonton wawancara terbaharu bersama Oprah Winfrey yang bakal ditayangkan 8 Mac ini, Meghan yang kini hamil anak kedua dilihat menyarung gelang milik Puteri Diana.

Setelah diperhatikan, ia ternyata gelang sama di mana dua batu berliannya diambil oleh Harry untuk membuat cincin pertunangan Meghan sebelum ini.

Malah E! News diberitahu, pasangan tersebut mahu gelang itu dipakai ketika temu bual untuk merasai kehadiran Puteri Diana.

Meghan Markle, Princess Diana
Foto: CBS/Getty Images

Menerusi sedutan wawancara yang mendedahkan pengakuan paling jujur Duke dan Duchess of Sussex itu, Harry berkongsi kebimbangan terbesarnya adalah campur tangan media British yang mungkin akan menyebabkan ‘sejarah berulang kembali’, merujuk kepada kematian ibunya.

“Saya sangat lega dan gembira dapat bercakap dengan anda di samping isteri di sisi. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya ibu saya melalui proses ini seorang diri bertahun-tahun dulu,” kata Harry menerusi satu klip.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse