Related Stories
Melancong Ketika Pandemik? 7 Tip Pakar Untuk Kekal Sihat Dan Selamat
Pastikan anda mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, serta tip-tip kesihatan daripada pakar di Zulal Wellness Resort, Qatar untuk kekal sihat kala melancong ketika pandemik.
Musim melancong kembali lagi akhir tahun ini. Walaupun pandemik masih lagi aktif dengan penemuan varian-varian baharu, ia tidak bermakna anda tidak boleh mengembara ke destinasi impian anda dengan selamat dan kekal sihat. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, serta mengikuti tip-tip kesihatan untuk kekal sihat oleh pakar di Zulal Wellness Resort by Chiva-Som di Qatar.

Berikut adalah 7 tip untuk anda kekal sihat kala melancong ketika pandemik:
Hidrat
Meminum air yang secukupnya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh, terutamanya kala mengembara ketika musim panas, musim sejuk mahupun di altitud yang tinggi.

Tidur
Perkara yang paling penting ketika melancong adalah tidur. Cuba pastikan anda mengekalkan rutin tidur kebiasaan anda ketika berada di rumah.
Vitamin
Pengambilan vitamin dapat membantu tubuh untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan kala melancong.

Snek Berkhasiat
Mengembara ke destinasi yang baharu tidak bermakna anda perlu melupakan gaya hidup sihat. Bawa snek berkhasiat yang tinggi kandungan protein untuk memastikan anda kekal aktif sepanjang hari.
Kekal Aktif
Elakkan daripada duduk terlalu lama. Jangan hanya melihat skrin telefon pintar, sebaliknya banyakkan berjalan untuk mengeksplorasi sekitar destinasi pilihan anda nanti.

Sistem Imun Diri
Aftifkan sistem imun diri anda dengan pemakanan yang sihat. Antaranya ceri kering yang diperkayakan dengan sumber melatonin natural yang dapat membantu anda untuk tidur jika berasa lamban jet (jet lag).
Vitamin D
Sinaran matahari dapat membantu anda untuk membiasakan diri dengan zon waktu baharu. Dedahkan diri kepada pancaran matahari pagi yang pasti juga memberikan ketenangan kala mengembara.

Zulal Wellness Resort by Chiva-Som merupakan resort kesejahteraan diri yang pertama di Timur Tengah. Berlokasi di Khasooma di utara Qatar, ia menawarkan pengunjung perkhidmatan serta servis unik berdasarkan prinsip kesejahteraan diri Arab dan Islam dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekitar resort. Zulal Wellness Resort akan membawa pengujung menyusuri pengalaman yang mewah, dalam mengekalkan standard antarabangsa yang terbuka dengan nilai kekeluargaan tempatan. Antaranya, Zulal Discovery yang akan memberikan pengalaman kesejahteraan untuk seisi keluarga, dalam menginspirasikan kanak-kanak bersama ibu bapa dengan aktiviti yang menyeronokan untuk mempelajari gaya hidup yang lebih sihat.
Foto: Zulal Wellness Resort by Chiva-Som
Baca lebih lanjut: 200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
