Related Stories
Pewaris Takhta Denmark, Putera Joachim Ikut Jejak Langkah Putera Harry
Putera Joachim bakal mengambil langkah besar dalam hidup dengan berhijrah ke Amerika Syarikat pada musim panas 2023.
Keputusan ini dibuat hanya beberapa bulan selepas bondanya, Ratu Margrethe melucutkan gelaran Diraja daripada empat cucunya. Alasan yang diberikan adalah demi menjamin masa depan monarki. Pengumuman itu mengundang kejutan buat Putera Joachim yang sempat meluahkan kekecewaannya kepada akhbar harian Ekstra Bladet.
“Anak-anak saya amat berdukacita. Mereka tidak tahu arah mana ingin dituju dan apa yang mereka patut percaya. Mengapa gelaran Diraja mereka harus dilucutkan? Mengapa mereka dihukum sedemikian rupa?”
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(999x439:1001x441)/Joachim-and-Margrethe-101022-2000-6d17e82ec94d42869d0fe12c072232d2.jpg)
Foto: Getty Images
Pewaris keenam takhta Denmark itu mendakwa dia hanya diberi notis lima hari, bagaimanapun Istana Diraja Denmark menafikannya. Kini dia mengikut jejak langkah Putera Harry dengan membawa keluarganya berpindah dan menetap di Washington, Amerika Syarikat.
Putera Joachim Bakal Memulakan Tugas Baharu Di Washington
Buat masa ini Putera Joachim bersama isteri, Puteri Marie dan empat anak mereka tinggal di Paris, Perancis. Anak bongsu Ratu Margrethe itu bekerja sebagai atase pertahanan di Kedutaan Denmark sejak September 2020. Perpindahan itu akan membawa keluarganya lebih jauh daripada Ratu dan seluruh kerabat Denmark, sekali gus meluaskan jurang sedia ada. Istana Diraja Denmark mengesahkan penghijrahan mereka sekeluarga baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Instagram.
“Pada 1 September 2023, Duli Yang Teramat Mulia Putera Joachim akan menjawat jawatan baharu di bawah Kementerian Pertahanan sebagai atase industri pertahanan di Kedutaan Denmark di Washington. Putera, sebagai wakil Denmark, akan membantu mengukuhkan kerjasama industri pertahanan dengan Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun-tahun akan datang.”
Keempat-empat cahaya mata Putera Joachim kehilangan gelaran putera dan puteri secara rasminya pada awal tahun 2023. Mereka kini dipanggil Count atau Countess of Monpezat, gelaran kelahiran mendiang Putera Henrik, suami Ratu Margrethe yang merupakan anak kelahiran Perancis.

Foto: Shutterstock
Nikolai, 24 dan Felix, 21 merupakan cahaya matanya daripada isteri pertama, Alexandra, Countess of Frederiksborg. Pasangan itu berkahwin pada 1995 dan bercerai sedekad kemudian. Henrik, 14 dan Athena, 11 pula adalah hasil perkongsian hidupnya dengan isteri kedua, Puteri Marie.
Foto: Getty Images
Baca: Kenali Pewaris Takhta Denmark Berwajah Tampan, Putera Felix & Nikolai
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
