Puteri Eugenie Berkongsi Foto & Inspirasi Nama Putera Kedua
Dua tahun bergelar ibu, Puteri Eugenie kini dikurniakan seorang lagi putera pada 30 Mei lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan bersama peminat Diraja menerusi satu hantaran di Instagram. Ini merupakan cahaya mata kedua Putera Eugenie bersama suaminya, Jack Brooksbank. “Saya dan Jack ingin mengumumkan bahawa kami telah selamat menimang anak lelaki, Ernest George Ronnie Brooksbank pada 8.49 pagi seberat 7.1 paun. Dia dinamakan sempena nama moyangnya George, datuknya George dan datuk saya Ronald,” tulis puteri berusia 33 tahun itu.

Foto: Instagram
Sepupu kepada Putera William dan Putera Harry itu mengumumkan kehamilan keduanya Januari lalu dengan memuat naik sekeping foto istimewa. Foto itu memperlihatkan anak lelakinya yang berusia lebih setahun sedang memeluk dan mengucup perutnya. “Kami amat teruja untuk berkongsi bahawa kami sedang menanti kehadiran ahli keluarga baru pada musim panas ini,” tulisnya.

Foto: Instagram
Cahaya Mata Pertama Puteri Eugenie & Jack Brooksbank
Pasangan itu dikurniakan putera pertama, August Philip Hawke Brooksbank pada Februari 2021. “Yang Amat Mulia Puteri Eugenie telah selamat melahirkan anak lelaki pada hari ini, 9 Februari 2021 seberat 3.66 kilogram. Ratu, Duke of Edinburgh, Duke of York, Sarah, Duchess of York, serta Tuan dan Puan George Brooksbank telah pun dimaklumkan dan teruja mendengar khabar ini,” menurut kenyataan Istana Buckingham ketika itu.
Pasangan tersebut berkongsi foto pertama August pada hari yang sama di Instagram dengan hanya mendedahkan foto jemari anak lelaki mereka. Dua minggu kemudian, cucu mendiang Ratu Elizabeth II itu mendedahkan wajah dan nama anaknya kepada dunia.

Foto: Today
“Kami ingin memperkenalkan anak kami kepada anda. Terima kasih atas segala ucapan dan doa daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa cinta dengan kehadiran insan comel ini. Kami tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata. Kami teruja kerana dapat berkongsi foto ini dengan anda,” tulisnya. Puteri Eugenie dan Jack mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018 selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan.
Foto: Getty Images
Baca: Suami Puteri Eugenie, Jack Brooksbank Menikmati Percutian Atas Bot Bersama Tiga Wanita
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
