fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Taylor Swift & Brittany Mahomes Masih Berkawan Walaupun Beza Pandangan Politik
Amy Search Dikurnia Darjah Pangkuan Seri Melaka
Siri Podcast Eksklusif : 3 Perbualan Tentang Kekuatan, Identiti dan Naratif Kehidupan
8 Wildlife Resort Eksotik Di Dunia Untuk Menginap Bersama Gajah Liar
Apa Kaitan Kim Kardashian Dengan Skandal 1MDB?
Home > Gaya Hidup > Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya sebagai Fezco O’Neill dalam siri Euphoria itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat. Ahli keluarganya mengesahkan khabar duka itu menerusi satu kenyataan rasmi dua hari lalu.

“Dengan berat hati kami terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada insan luar biasa hari ini. Sebagai seorang artis, rakan, abang dan anak lelaki, Angus amat istimewa buat kami semua dalam pelbagai cara. Minggu lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya dan bergelut dengan kehilangan ini. Angus kini bersatu semula dengan bapanya, yang juga rakan baiknya.”

Angus Cloud dilaporkan sukar menerima hakikat kematian bapanya dan ini mengganggu kesihatan mentalnya. Bagaimanapun punca sebenar pemergian pelakon ini masih belum didedahkan. Kehilangannya mengundang duka di hati bintang Hollywood terutama kru dan pelakon siri popular Euphoria.

Ini antara rakan selebriti Hollywood yang meratapi pemergian Angus Cloud

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Tiada siapa pun dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita secepat ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti kebanyakan daripada kita. Saya harap dia tahu berapa banyak hati yang dia telah berjaya sentuh. Saya menyayanginya dan akan terus berbuat demikian. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya.” – Sam Levinson, pencipta dan pengarah bersama Euphoria.

Angus Cloud

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse