fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Mungkin Tidak Akan Muncul Sepanjang Tahun 2024, Kate Middleton Membuat Rawatan Kanser
Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021
Kanye West Hilang Status Bilionair Sekelip Mata
Penginapan Mewah Atas Awan Bakal Dibuka Ogos Ini!
Puteri Fazura, Fatima Dikurniakan Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Selangor
Home > Gaya Hidup > Sharifah Amani Hamil Cahaya Mata Sulung

Sharifah Amani Hamil Cahaya Mata Sulung

Hampir dua tahun menggalas tanggungjawab sebagai isteri, Sharifah Amani mendedahkan dia bakal memegang status baru iaitu ‘ibu’ tidak lama lagi.

Khabar gembira itu diumum sendiri oleh Amani menerusi satu perkongsian di Instagram. Dalam video yang dimuat naik, aktres itu berkongsi reaksi ahli keluarga, rakan artis dan sahabat rapatnya apabila dikejutkan dengan berita tersebut.

Malah dalam video itu, baby bump miliknya juga jelas kelihatan, seakan sudah memasuki trimester kedua. “Syukur Alhamdulillah,” kapsyen ringkas mengiringi hantarannya. Bagaimanapun pelakon berusia 38 tahun itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai kehamilannya.

https://www.instagram.com/p/C25EZoXva8p/?hl=en

Perkongsian Sharifah Amani Mengundang Rasa Teruja

Ruangan komen perkongsian itu dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan peminat. Kebanyakannya mendoakan agar proses kehamilannya berjalan lancar dan mudah.

“Allahumma Barik!” komen Lisa Surihani dan Alif Satar.

“MasyaAllah, Alhamdulillah Nani and Med! So happy for you both. Exciting times!” kongsi Yasmin Hani.

Rashidi Ishak pula menulis, “Awww alhamdulillah syukur. Congrats Nani and hubby!”

Amani dan suami, Ahmed Faris Amir disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup pada 10 September 2022.

 

Foto: X

Baca: Uqasha Senrose & Puteri Aishah Hamil Cahaya Mata Sulung