fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
VIP Most GLAM 2023: Meraikan Gaya Elegan
10 Sumbangan Hebat Kylie Jenner Kepada Dunia
Izara Aishah Bakal Timang Anak Kedua Bulan Hadapan
K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Di Oscars 2026
Penjejak Kecergasan Terbaik Untuk Mencapai Kesihatan Optimal

Tan Sri Michelle Yeoh Dinamakan Sebagai Icon Of The Year

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nama Michelle mula dikenali selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World pada 1983 sewaktu berusia 20 tahun. Dia kemudiannya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World di London dan memenangi Miss International Tourism Quest di Australia pada tahun sama.

Kemenangan itu membuka laluannya kepada industri hiburan apabila terpilih menjayakan iklan televisyen bersama Jackie Chan yang berjaya menarik perhatian syarikat produksi filem Hong Kong, D&B Films.

Dikenali sebagai Michelle Khan pada awal kemunculannya sebagai pelakon, dia ditawarkan watak utama menerusi filem ketiganya, Yes, Madam pada 1985.

Sejak itu dia telah menjayakan lebih 60 filem dan rancangan televisyen terlah Memoirs of a Geisha (2005), The Lady (2011), Mechanic: Resurrection (2016), Last Christmas (2019) dan The School for Good and Evil (2022). Dia juga bakal tampil dalam dua buah filem pada tahun hadapan, Transformers: Rise of the Beasts dan A Haunting in Venice.

 

Foto: Jingna Zhang

 

Baca: Tan Sri Michelle Yeoh, Pelakon Malaysia Pertama Bintangi Filem Adiwira Marvel

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse