Related Stories
Taylor Swift Artis Wanita Berpendapatan Tertinggi Dunia Pada 2022
Tahun 2022 menyaksikan satu pencapaian besar buat Taylor Swift apabila meraih status penghibur wanita dengan bayaran tertinggi di dunia.
Taylor dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak RM408 juta pada tahun lalu berikutan kejayaan album studio ke-10 berjudul Midnights, menurut laporan Forbes. Dia juga menjadi satu-satunya wanita dalam senarai 10 teratas penghibur berpendapatan tertinggi dengan menduduki tangga kesembilan.

Foto: NY Post
Untuk menentukan kedudukan dalam senarai, Forbes mengira jumlah pendapatan para penghibur sebelum penolakan cukai, yuran perwakilan (pengurus, peguam dan sebagainya) serta kos operasi perniagaan, mengikut metodologinya. Berada pada kedudukan pertama adalah kumpulan rock Genesis dengan pendapatan RM1.02 bilion yang diperoleh daripada hasil jualan hak muzik bernilai 1.33 bilion kepada Concord Music Group pada bulan September 2022.
Ini diikuti dengan kumpulan Sting (RM930 juta), Tyler Perry (RM775 juta), Trey Parker dan Matt Stone (RM709 juta), James L. Brooks dan Matt Groening (RM465 juta), Brad Pitt (RM443 juta), The Rolling Stones (RM434 juta), James Cameron (RM421 juta), Taylor serta Bad Bunny (RM390 juta).

Foto: NY Post
Selepas melancarkan Midnights pada Oktober 2022, penyanyi berusia 33 tahun itu melakar sejarah sebagai artis pertama merangkul 10 kedudukan teratas dalam Billboard Hot 100. Album itu mendapat sambutan yang amat mengalakkan, tetapi sebahagian besar pendapatannya pada tahun lalu — kira-kira 70% — diperolehi daripada katalog muzik lamanya termasuk hasil daripada penstriman dan jualan album.
Walaupun 2022 merupakan tahun hebat buat Taylor, pendapatan tahunannya masih jauh berbeza dengan kumpulan Genesis iaitu dengan perbezaan sebanyak RM612 juta. Bagaimanapun tahun 2023 menjanjikan pencapaian lebih besar buat pemuzik itu yang bakal menjayakan konsert jelajah Era Tour di 52 buah lokasi bermula pada bulan Mac dengan bayaran sembilan angka, menurut anggaran Forbes.

Foto: Getty Images
Foto: Getty Images
Baca: Gerangan 11 Jejaka Yang Memberi Inspirasi Kepada Taylor Swift Untuk Berkarya
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
