Related Stories
7 Tempat Makan Romantik Paling Luar Biasa Di Asia
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioMencari tempat makan romantik yang istimewa di Asia bukan sekadar tentang memilih restoran dengan cahaya lilin. Ia tentang pengalaman yang dirancang dengan teliti, suasana yang memikat deria dan hidangan bertaraf dunia yang menjadikan setiap detik terasa lebih bermakna bersama pasangan.
Romantik hari ini tidak lagi bersifat klise. Pasangan masa kini mahukan sesuatu yang lebih peribadi dan eksklusif sama ada makan malam di udara, dalam gua batu kapur, atau di tepi pantai berpasir putih. Pengalaman sebegini memberi peluang untuk memperlahankan masa dan menikmati kehadiran satu sama lain.
GLAM senaraikan beberapa destinasi sekitar Asia yang memperkenalkan pengalaman kulinari unik untuk mencipta memori yang sukar dilupakan bersama yang tersayang.
Vietnam: Tempat makan romantik dengan pengalaman di udara dan dalam suite peribadi
InterContinental Danang Sun Peninsula Resort

Resort pemenang pelbagai anugerah ini memperkenalkan Nam Tram Dining Journey, pengalaman empat sajian dalam kereta kabel yang bergerak dari kanopi hutan ke pesisir pantai. Perjalanan setinggi 130 meter ini menampilkan bahan premium seperti Alaskan king crab, abalone dan A5+ Kagoshima wagyu. Suasana semula jadi yang memukau menjadikannya antara tempat makan romantik paling unik di rantau ini.
La Festa Phu Quoc, Curio Collection by Hilton

Terletak di tengah Sunset Town, makan malam peribadi di puncak Campanile Clock Tower setinggi 75 meter menawarkan panorama matahari terbenam dan pemandangan Kiss Bridge. Menu Mediterranean khas yang menampilkan hasil laut tempatan premium dihidangkan dalam suasana eksklusif dengan tempat duduk tingkap terhad.
Sofitel Legend Metropole Hanoi

Hotel ikonik berusia 125 tahun ini memperkenalkan “Candle Ritual” di dalam suite peribadi. Pengalaman pelbagai deria ini merangkumi senarai lagu kurasi khas melalui pembesar suara Devialet, hidangan gourmet, hadiah istimewa dan sebotol Pommery Brut Royal Rosé Champagne. Ia turut disertakan rawatan badan “Vietnamese Journey” selama 60 minit di Le Spa du Metropole.
Malaysia: Tempat makan romantik fine dining dalam Gua Batu Kapur
The Banjaran Hotsprings Retreat

Terletak di bawah bukit berhutan di Ipoh, Jeff’s Cellar menawarkan suasana makan malam dalam gua batu kapur yang dihiasi stalaktit dan aliran air bawah tanah. Menu lapan sajian menggabungkan hasil organik tempatan dengan bahan mewah antarabangsa. Pengalaman ini tersedia dari 13 hingga 15 Februari 2026 pada harga MYR 798 nett seorang.
Thailand: Koleksi pengalaman kuliner kurasi
Centara Reserve Samui

Resort eksklusif di Koh Samui ini menjemput pasangan menikmati makan malam set di Act 5 – The Grill dengan bahan premium dan iringan muzik secara langsung. Salt Society Beach Bar & Kitchen turut menawarkan pilihan à la carte termasuk hidangan hasil laut segar. Bagi suasana lebih intim, makan malam peribadi diterangi cahaya lilin dengan menu diperibadikan turut tersedia.
Maldives: Makan malam di tepi laut
Centara Grand Lagoon Maldives – Tempat makan romantik terbaik

Dikelilingi pasir putih dan laut biru jernih, resort ini menawarkan makan malam peribadi di tepi pantai dengan meja diterangi cahaya lembut dan menu yang direka khas. Bagi pengalaman lebih dramatik, persembahan teppanyaki turut disediakan sebagai pilihan.
Korea Selatan: Tempat makan romantik dengan sentuhan coklat mewah
Hotel Naru Seoul – MGallery Collection

Hotel butik di tebing Sungai Han ini bekerjasama dengan Pierre Marcolini Korea untuk memperkenalkan makan malam “Special Sharing Dinner” yang dipadankan dengan coklat mewah Belgium. Bar Voisin pula menawarkan pengalaman “Happy Hour” dengan Champagne tanpa had serta pilihan pencuci mulut dan keju.
Daripada Vietnam hingga Maldives, setiap destinasi ini membuktikan bahawa tempat makan romantik di Asia hadir dalam pelbagai bentuk; di udara, di dalam gua, di tepi pantai atau dalam suite mewah. Kesemuanya direka untuk mencipta pengalaman bermakna yang merangsang deria dan mendekatkan dua hati dalam suasana eksklusif.
Artikel berkaitan: Destinasi Percutian Romantik di Dunia Untuk Musim Panas
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
