Terima Kad OKU Anak, Ini Luahan Hati Dr Say
Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say mencuri perhatian netizen menerusi perkongsian terbaharunya.
Dalam hantaran panjang lebar yang dimuat naik di Instagram, Dr Say meluahkan perasaanya apabila menerima Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipohon untuk anaknya, Aezriel Muhammad Shazril. Lebih dikenali sebagai Ace, anak sulungnya yang dilahirkan pada 6 Mei 2019 itu disahkan menghidap autisme tahap sederhana pada Oktober 2021.

Foto: Sinar Plus
“Saya daftar Kad OKU Ace pada bulan Januari 2023. Sabtu lalu saya periksa atas talian dan Kad OKU Ace sedia untuk dituntut. Terus terang cerita bila nak ambil Kad OKU hari ini terasa sangat berat. Rasa macam, ‘Aku dah bersedia ke nak pegang kad ini untuk anakku?’. Tapi saya gagahkan juga kerana saya yang memohon kad itu.
“Sampai di JKM Sepang, sepi tiada orang lain. Macam suasana itu dicipta untuk saya selami yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya, dan inilah buktinya. Bila Kad OKU dihulurkan, saya ucap terima kasih kepada pegawai JKM dan terus meluru masuk kereta.”
Dr Say Akur Anak Sulungnya Kini Berstatus OKU
Dr Say mengakui berasa sayu melihat kad yang berada di tangannya, bagaimanapun dia tidak sedih apatah lagi berasa malu. “Dalam kereta saya amati elok-elok kad itu. Besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya, dan ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas dan naif. Berjurai air mata saya, tidak tahu sebab apa.
“Nak kata malu pegang Kad OKU ini, sikit pun tak sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiada di dunia ini. Nak kata sedih anak saya OKU tidak juga sebab tak bermakna dia tidak boleh menikmati dunia ini seperti kanak-kanak lain. Saya serius tak tahu mengapa saya sayu. Tetapi saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat bahawa anak lelaki saya secara rasminya berbeza.”

Foto: Instagram
Dr Say menyedari pasti ramai netizen mempersoalkan tindakannya memohon Kad OKU buat Ace. Justeru dia mendedahkan kelebihannya dan menyeru ibu bapa yang mempunyai anak austisme agar mengikuti jejak langkahnya.
“Kalau kalian tak tahu, Kad OKU ini ada banyak keistimewaan. Antaranya pengecualian bayaran MyKad, bayaran rawatan perubatan dan butterfly effect bila mengembara. Tapi kata duanya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad inilah akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat. Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu sebab kerajaan betul-betul nak bantu kita dengan pelbagai keistimewaan. My son has an OKU card and I am content,” luahnya panjang lebar.
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna ia mempengaruhi perkembangan otak seseorang, membuatkannya hidup dalam dunia sendiri. Ia memberi kesan terhadap tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku. Justeru kanak-kanak yang menghidap gangguan ini mengalami masalah pertuturan, emosi, pemikiran dan pola permainan.
Foto: Utusan
Baca: Pengalaman Janna Nick Berdepan Dengan Penyakit Bipolar
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
