The Crown, Nomadland Dan The Queen’s Gambit Kuasai Anugerah Critics Choice 2021
Siri Netflix, The Crown menguasai Anugerah Critics Choice 2021 dengan memenangi empat anugerah utama, manakala Nomadland arahan Chloé Zhao telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik tahun ini.
Selepas kemenangan di Anugerah Golden Globes akhir bulan lalu, The Crown terus menguasai musim anugerah tahun ini dengan menggondol empat anugerah di Anugerah Critics Choice 2021. Filem arahan Chloé Zhao, Nomadland pula dinobatkan sebagai Filem Terbaik bersama beberapa anugerah utama lain termasuklah Pengarah Terbaik.
Selain memenangi Siri Drama Terbaik, siri epic Netflix itu turut menerima anugerah untuk barisan pelakonnya. Josh O’Connor dan Emma Corrin diangkat sebagai Pelakon Lelaki dan Pelakon WanitaTerbaik. Manakala, Gillian Anderson yang memegang watak bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Siri Drama.

Untuk kategori televsiyen juga, The Queen’s Gambit telah memenangi Siri Terhad Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Siri Terhad buat Anya Taylor-Joy. Netflix menguasai acara tahun ini dengan 14 anugerah melalui The Crown, Mank, The Queen’s Gambit dan filem seperti The Trial of the Chicago 7 dan Ma Rainey’s Black Bottom.
Pelakon muda, Zendaya dianugerakan dengan anugerah istimewa, SeeHer Award yang meletakkan dia sebagai wanita kelima menerima penghormatan tersebut. Anugerah yang menghargai wanita yang mempunyai nilai yang selari dengan gerakan SeeHer itu pernah diberikan kepada Kristen Bell, Viola Davis, Claire Foy dan Gal Gadot sebelum ini.

Majlis anugerah yang dihoskan oleh Taye Diggs itu diadakan secara fizikal dan juga maya. Penyampaian anugerah yang terpilih telah mempersembahkan anugerah secara langsung dari Los Angeles. Seperti Anugerah Emmy dan Golden Globe sebelum ini, pemenang menerima anugerah masing-masing secara maya dari seluruh dunia.
Foto: Pip www.bypip.co.uk & @harry_lambert
Baca lebih lanjut: Adaptasi Pintar Dengan HP Spectre x360 14
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
