YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik
4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini
Sajian Menu Sihat
Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun
Idea Praktikal Pilihan Alex Yoong

GLAM Deko Destinasi – Khazanah Tekstil, Ruzz Gahara

Teks : Shahril Hadi Halim

 

Keunikkan Ruzz Gahara

 

Ruzz Gahara mahu membuka jalan untuk kemewahan mampan melalui skil artisan dari Rumah Gahara melalui penghasilan karya tradisional budaya batik Kelantan. Keunikkan kami boleh dilihat dari aspek konservasi pada setiap rekaan (motif tradisional) yang diterapkan pada setiap koleksi.

 

Rangkaian produk yang dihasilkan menerusi fabrik Ruzz Gahara

 

Menerusi rangkaian paten dan motif yang telah dihasilkan pada fabrik, kumpulan pereka akan mencipta produk untuk tiga segmen utama yakni Ruzz Gahara Fashion, Ruzz Gahara Home and Ruzz Gahara Bespoke.

 

Mengapa memilih motif ketam guri?

 

Motif Ketam Guri dipilih kerana ia merupakan motif yang ulung dan mudah dikenali di kalangan masyarakat Asean dan kerja-kerja konservasi terhadap motif ini telah dijalankan di Rumah Gahara sejak 3 tahun yang lepas. Motif ini boleh dilihat juga selalu digunakan dalam penghasilan rekaan rumah kayu tradisional yang boleh anda dapati di sekitar Pantai Timur, Malaysia.

 

Perancangan seterusnya untuk perniagaan ini?

 

Untuk masa hadapan kami sedang merencana untuk berpangkalan di Rumah Gahara dengan projek-projek khas yang didedikasikan untuk komuniti artisan dengan produksi yang mampan. Ia dijangka akam memulkan operasi sekitar tahun 2017.

 

 Di mana letaknya ruang pamer dan proses penghasilan dilakukan?

 

Ruang pamer rasmi kami yang dinamakan Gahara Galleria terletak di Muzium Tekstil Negara yang terletak bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad. Untuk produksi penghasilan batik kami lakukan di Rumah Gahara yang terletak di Kampung Penambang, Kelantan.

 

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse
0243
4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse