Home > Personaliti > GLAM Life: Elyna Effendi
Teks: YUSAIRI FITRI
Arahan Seni: AFIQ KHAIRUDDIN
Gambar: SOO PHYE PHOTOGRAPHY
Solekan: ALAN CHONG MENGGUNAKAN NARS
Dandanan: SHAARI AMIN
Terletak di deretan banglo mewah di Sri Hartamas, dari luar pagar banglo ini tampak teduh dan damai dengan biasan roh moden. Setiap perincian mendapat sentuhan peribadi pemiliknya. Elyna Effendi menyingkap tafsiran sebenar sebuah kediaman resort bercita rasa moden.
Temu janji yang memakan masa hampir berbulan-bulan akhirnya menemui noktah. Kesibukan figura yang berstatus ahli perniagaan ini bukan satu perkara luar biasa, selain menguruskan perihal perniagaan, Elyna juga memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Pagi itu GLAM Life singgah ke teratak Elyna Effendi untuk merakamkan momen istimewa di mahligainya. Kala melewati pagar hadapan, terbentang sebuah struktur besi bergaris lurus dari tingkat atas dan bersebelahan, tersergam indah tembok sarat flora. Ya, terdapat laluan gerbang untuk ke taman yang dipenuhi rumput seakan-akan berada di resort mewah. Dalam hati, saya seakan dapat membaca selera isteri kepada model kelahiran Indonesia, Casmad Sanuri ini yang pastinya gemarkan suasana kediaman yang moden namun masih kekal dengan jati diri dan semestinya sempurna buat sebuah keluarga.
Tidak lama berteka teki di hadapan ruang parkir yang menempatkan kereta mewah dan dua buah motosikal berkuasa tinggi, pintu utama terkuak menyambut kehadiran warga GLAM. Melangkah sahaja ke dalam rumah maka terpaparlah segala rahsia indah yang tersembunyi di sebalik tembok konkrit agam. Seketika menantikan Elyna bersiap di aras atas, mata ligat mengamati susun atur perabot dan perincian dinding yang nyata menggambarkan secara keseluruhan cita rasa personaliti ini. Ruang tamunya luas, menempatkan sofa jenama mewah Minotti berwarna krim yang menjadi kegemarannya dan keluarga bersantai. Setiap susun atur perabotnya menetapi ciri-ciri moden dan rasa kasual. Paduan palet harmoni pada permaidani, bangku serta meja kopi membangkitkan emosi damai. Menariknya, kediaman dengan dinding kaca lut cahaya yang bersaiz mega dari bawah ke atas siling dari ruang tamu sehingga ke ruang makan yang paling hujung. Ia boleh dilaraskan dan dibuka untuk memberikan impak luas dan berhadapannya adalah kolam renang. Dinding kaca yang lebar dan luas mengundang cahaya semula jadi terus ke dalam rumah. Sesekali cahaya biru dipantulkan kocak air kolam renang berasa sungguh mendamaikan. Berada di ruang kediaman ini membuat diri berasa bagaikan berada di sebuah resort mewah yang moden dekorasinya.
Susun atur kediaman moden ini ringkas namun segar. Pemilihan perabot dan setiap perincian dekorasi mendapat sentuhan peribadi pemiliknya sendiri. Sebuah meja biliard ditempatkan teguh di tengah-tengah ruang legar. Menurut Elyna, “Meja biliard cukup istimewa buat kami sekeluarga, ia sentiasa menjadi titik tumpuan buat saudara mara dan sahabat handai kala mereka bertandang ke sini. Ia bagaikan mengukuhkan silaturahim yang luar biasa dan kami seronok dapat meluangkan masa bersama-sama.” Menepati ciri-ciri kediaman yang memuja nadi resort sebagai sinergi utama kerana fungsinya sungguh praktikal. Dari ruang legar, saya beralih ke bahagian belakang yakni ruang makan, dapur kering dan basah yang terletak di sudut lain. Di ruang dapur kering ditempatkan kitchen island berwarna putih. “Aktiviti masa terluang saya pastinya baking bersama Elyca. Kami boleh menghabiskan masa sepanjang hari mencuba resipi baru. Ada sahaja yang kami buat bersama-sama jika tidak sibuk dengan urusan kerja atau melancong. Pada setiap laci kitchen island ini menempatkan segala peralatan pastri dan ia sungguh praktikal,” kata Elyna lagi. Meja makan pula ditempatkan di sudut paling hujung rumah ini lengkap dengan lampu candelier berwarna oren. Berhadapan dengannya adalah ruangan santai laman di tepi kolam yang membolehkan mereka sekeluarga menikmati suasana makan yang menyeronokkan.
Elyna memiliki pendidikan di dalam jurusan seni bina jadi sewajarnya dia mendapat kebebasan dan kepercayaan penuh suami memilih perabot dan konsep yang diinginkan buat kediamannya. Namun begitu, tidak bermakna dirinya membelakangkan suaminya dalam memilih perabot yang akan dibelinya. Percaturan bijak mereka bersama nyata membuahkan hasil. Kala ditanya mengenai perhiasan yang melengkapi kediamannya, dia memberitahu perabot dan perhiasan dekorasi ada yang dibeli di luar negara. “Kami kerap melancong mengelilingi dunia dan setiap negara yang dikunjungi, kami akan membeli cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Antaranya ialah pinggan dekorasi yang bermotifkan Timur Tengah yang dibeli dari Turki. Begitu juga dengan pasu yang ada di dalam rumah ini, ia adalah koleksi artifak yang diterbangkan khas dari Sarawak yang memiliki nilai sentimental yang cukup tinggi. Memandangkan Elyca dan Mecael semakin membesar, saya dan suami akan cuba sebaik mungkin mencipta suasana kediaman berkonsepkan kekeluargaan yakni comfort living.”
[soliloquy id="49930"]
[soliloquy slug="glam-life-elyna-effendi"]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

