Related Stories
Home > Personaliti > GLAM Life: Kelly Roza
Teks: YUSAIRI FITRI
Arahan Seni: MAHIRAH NADZLIM
Gambar: SOO PHYE PHOTOGRAPHY
Solekan & Dandanan: TAI SU MENGGUNAKAN SHISEIDO MAKEUP/SHISEIDO PROFESSIONAL
Aliran multi elemen bertemu dan bersatu membentuk rasa baru yakni eklektik yang menjadi pertaruhan bijak Kelly Roza kala merealisasikan kediaman keluarganya.
Menjenguk ke kediaman personaliti GLAM Life kali ini begitu mengujakan. Berselindung di sebalik hiruk-pikuk kota, kondominium mewah di kejiranan SS2 Petaling Jaya sarat dengan sentuhan eklektik yang bisa memukau pandangan tetamu yang bertandang. Disambut dekorasi bersahaja di ruang legar pintu masuk, rasa teruja sedikit demi sedikit mengundang kala pintu utama di kuak. Damai pagi diselang seli rasa dingin penyaman udara menemani bicara saya bersama penghuni rumah, Kelly Roza. Sesekali perbualan kami terusik dek telatah comel lima ekor kucingnya yang manja. Dari pojok ruang makan, Kelly petah membuka bicara mengenai konsep dekorasi yang menghiasi segenap ruang kediaman. “Dekorasi kediaman ini setiap satunya mempunyai sensasi yang berbeza. Sebetulnya saya tidak mempunyai ruang kegemaran tetapi yang menariknya, suasana yang out of the ordinary, yakni gabungan beberapa elemen, sebagai contohnya, setiap ruang tamu mempunyai tema berbeza, yang membias personaliti kami,” ujar Kelly yang gemar mengumpul sesuatu perhiasan yang unik dan menzahirkannya menerusi susun atur yang sempurna.
Kediaman tiga bilik ini merangkumi ruang tamu, ruang makan, dapur kering dan basah. Ruang dapur kering lengkap dengan island table serba putih beserta bangku besi. Lukisan kaca yang diilhamkan Raja Azhar Idris menjadi penyeri ruangan ini. Pintu kaca dengan tulisan dapur memisahkan memisahkan dapur kering dan basah. Ruang tamu, memancing pandangan dengan susun atur perabot dan perhiasan yang pelbagai. Simfoni penyatuan elemen megah diraih menerusi meja kopi kaca dan kerusi rekaan berdawai dan kerusi santai daripada Canasta by B&B Italia. Sebagai pelengkap permaidani bernuansa lembut dijadikan titik pelengkap.
Di luarnya, angin lembut meniup tumbuhan segar menghijau. Sudut ruang makan pula dilengkapi meja makan kayu polos yang boleh menempatkan enam orang. Selesa dan harmoni dalam susun atur yang kemas bersama empat kerusi kulit putih dan kerusi lut sinar himpunan Louis Ghost by Philippe Starck. Di sudut bucu meja, Juke box setia menanti mendendangkan seleksi lagu-lagu lama dan terkini. Kala diamati, penghuninya nyata mewah dengan seni. Sambung Kelly, “Saya senang dengan gaya eklektik kerana ia tidak tertakluk pada satu elemen sahaja. Gabungan beberapa elemen dan reka bentuk berjaya membangkitkan imaginasi dan kejutan kontra di luar jangkaan. Ia bukan sekadar atau menggabungkan sesuatu tanpa motif sebaliknya bergantung pada reka bentuk blok seperti warna, corak, tekstur dan komposisi untuk mewujudkan satu ruang yang padu. A multitude of contemporary clean lines and traditional designs with deep rooted sense of history in some pieces.” Meninjau ke kamar utama, dekorasinya lebih nyaman baik daripada susun atur perabot sehinggalah ke walk-in closet. Menarik perhatian adalah kertas dindingnya yang bermotifkan flora cetakan timbul tiga dimensi daripada Macarena wallpaper by Christian Lacroix, lampu rona perak Harvey Nichols London dan cermin bersaiz mega yang melengkapi dinding sebagai penyeri daripada Caadre by Philippe Starck.
Menarik, berseni dan penuh kejutan susun aturnya yang sekali gus mencerminkan cita rasa penghuni yang bagai menyerahkan seluruh jiwa raganya bagi menghidupkan suasana selesa ini. Kelly mengakui imaginasi dan intuisinya begitu tinggi dalam melakar dan menzahirkan dekorasi secara realiti. Cerita Kelly, “Yes, I love getting creative. Jika diamati, dari padanan perabot, permaidani, reka bentuk tandas semuanya made-to-order. Begitu jua, kala membeli belah perabot dan perhiasan dalaman. Ia adalah kegemaran sejak usia remaja lagi kerana ibu sering membawa saya ke kedai perabot dan sekali gus terlibat secara langsung dalam proses kreatif. Dari situ saya belajar bagaimana mereka bentuk dan suai padan serta menggambarkan sesuatu ruang. I also pick up her extremely expensive taste of furniture.”
[soliloquy id=”50605″]
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

