Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia
Penyanyi dan penulis lagu, Eric Nam memilih untuk mengakhiri Konsert jelajah Asia Before We Begin 2020 di Malaysia. Berlangsung di The Bee, Publika, Eric telah menyanyikan 18 buah lagu buat "NamNations" yang menunggu seawal jam lima petang di Publika pada 17 Januari lalu.

Gambar: Instagram Eric Nam
Antara lagu dalam setlists yang dinyanyikan Eric ketika konsert itu berlangsung adalah Congratulations, You’re Sexy I’m Sexy, Don’t Call Me, Runaway dan Cave Me In yang mempromosi album Before We Begin, album bahasa Inggeris pertamanya yang baru sahaja dikeluarkan November tahun lalu.
Eric turut menyampaikan beberapa lagu hitnya dan memukau penonton dengan suaranya yang lunak. Beberapa lucky fans turut mendapat nyanyian khas daripada Eric sempena hari jadi mereka.
Eric kini sedang meneruskan konsert jelajah Before We Begin di Amerika Latin dan Utara. Sedikit fakta mengenai penyanyi korea-Amerika ini, dia pernah dinamakan sebagai GQ Korea’s Man Of The Year, Forbes 30 Under 30 Asia, dan Honorary Ambassador bagi 2018 Winter Olympics.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026

