Hasil Seni John Galliano Buat Dior Diabadikan!

Siapa sangka ada yang mendokumentasikan hasil-hasil kerja John Galliano sepanjang 15 tahun bersama Dior?

 

 

 

Sepanjang tempoh John Galliano berada di Dior, beliau memberi pelbagai defini baru kepada rumah fesyen itu. Antaranya, kontroversial, teaterikal, mengejutkan serta experimental. Mengambil nota dari koleksi dramatik “Matrix”  beliau pada tahun 1999, nilai kreatif John tiada batasan.

 

 

 

Percaya atau tidak, terdapat sebuah akaun Instagram khas yang memuat naik setiap satu koleksi John Galliano sepanjang 15 tahun beliau berada di Dior. Pemilik akaun @diorinthe2000s, Amarredlav Ogirdor hanya berumur 19 tahun dan beliau hanya seorang peminat hasil kerja John Galliano dan bukan seorang pelajar jurusan fesyen.

 

 

 

Amarredlav berkata bahawa beliau jatuh cinta akan koleksi John buat Dior serta jenama eponimnya sendiri. Gaya kegemaran Amarredlav ialah yang dihasilkan John pada dekad 2000an, dari segi muziknya, peragawati, gaya solekan dan segalanya. Akaun ini adalah untuk kongsikan cinta terhadap hasil kerja John Galliano kepada peminatnya yang lain di luar sana.

 

 

 

 

“Yang paling penting bagi saya ialah qualiti [gambar]. Saya bernasib baik kerana kebanyakan foto yang dimuat naik tidak sukar untuk dicari, walaupun pertunjukan terbaru [oleh John buat Dior] sudah berlalu hampir 7 tahun”, jelas Amarredlav.

 

 

 

“Para model yang memperagakan pakaian hasil John buat Dior mengikut akaun ini dan akan memuat naik semula gambar mereka. Pat McGrath dan Orlando Pita turut mengikuti akaun ini. Saya rasa itu yang paling saya gemar: mereka yang pernah bekerja bersama jenama itu mengetahui akan kewujudan [akaun] ini!”, sambung Amarredlav dengan  teruja.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

 

POST A COMMENT