Oleh: Nur Sofea
Gambar: Sumber Google
Bagi anda yang gemar menikmati hidangan eksotik, Brazil adalah destinasi yang sesuai buat anda. Brazil menawarkan pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan. GLAM senaraikan lima restoran Brazil yang diiktiraf Michelin.
D.O.M
Restoran dua bintang yang diiktiraf oleh Michelin ini diasaskan oleh Alex Atala ini menawarkan hidangan yang lain dari yang lain. Alex Atala bijak dalam menggunakan bahan-bahan yang tidak pernah digunakan oleh chef terkemuka yang lain seperti priprioca, beras hitam dan pupunha palm heart.
[soliloquy id=”50843″]
Kan Suke
Restoran Jepun yang terpencil ini nyata syurga gastronomi di Brazil. Sushi dan sashimi merupakan menu istimewa restoran ini namun hidangan signature Kan Suke ialah carapau no macarico, iaitu ikan mackerel yang disalut dengan garam sebelum di bakar dengan blowtorch.
[soliloquy id=”50847″]
Eleven Rio
Diasaskan oleh Joachim Koerper, chef yang pernah memenangi anugerah dan mahir dalam hidangan Mediterranean. Dihias dalam suasana klasik, restoran ini turut menawarkan wain yang sesuai dengan hidangan yang anda pilih.
[soliloquy id=”50856″]
Fasano
Dibawah kepimpinan Rogerio Fasano, dapur yang dikendalikan oleh chef Paolo Lavezzini ini mendapat pengiktirafan tiga bintang dari Michelin. Menghidangkan pelbagai sajian dari Mediterranean. Dihias dalam suasana peribadi yang dikelilingi langsir linen putih dengan perabot rekaan Philippe Starck untuk memberikan romantis ketika sedang menjamu selera.
[soliloquy id=”50860″]
Olympe
Diterajui oleh Claude Troisgros dan anaknya, Thomas sejak 1979. Olympe menghidangkan sajian Perancis dengan menggunakan bahan-bahan dari Brazil. Terkenal dengan hidangan ravioli berintikan mousseline of parsnips dan kacang pain dan raspberry soufflé yang dihidangkan dengan beri merah dan ais krim.
[soliloquy id=”50864″]
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
