Post Coronavirus, Olga Kurylenko Says: “I’m Fine!”
Parti Balmain X H&M
Thanuja: “Usia Hubungan Saya Dan Seorang Jejaka Kini Mencecah Sembilan Tahun”
5 Wanita Hebat Yang Mengatasi Suami Mereka Sendiri
Pelapis Peragawati Lokal Era Baru: Atikah, Rita, dan Tuti
Home > Personaliti > GLAM MEMORI: Melinda Looi

GLAM MEMORI: Melinda Looi

Melinda Sejurus tamat pengajian kursus jangka pendek dalam seni fesyen di LaSalle Fashion School, Kuala Lumpur, Melinda Looi atau Mell terus melangkah mengejar impiannya. Bermula dengan mereka kostum pentas bagi produksi di Malaysia dan Kanada, langsung terjun ke dalam dunia fesyen yang lebih mencabar. Kata Mell, terdapat tiga wanita yang banyak mempengaruhinya. Ibunya adalah tukang jahit yang hebat, nenek pula usahawan berjaya walau tidak pernah bersekolah, sementara Simonetta Mariano, profesor di kolej LaSalle bukan sahaja mengajar mengenai fesyen malah menjadi teman rapat.   Malaysia Young Designer Awards, 1995 merupakan penyertaan pertama Mell dalam bidang fesyen, sekali gus memenangi anugerah tersebut dan menerima biasiswa untuk melanjut pelajaran ke Kolej LaSalle, Montreal, Kanada. Detik terindah pastinya dinobatkan sebagai pemenang di Asia Pacific Young Designer Award 2000 di Hong Kong. Sebagai wakil Malaysia di pentas antarabangsa, kemenangan itu amat bererti. Terbaru mewakili Malaysia dalam Minggu Fesyen Dunia 2013 di Paris.  

Melinda2Aktiviti Polo antara sukan kegemaran Melinda.

 

Melinda3Sewaktu menerima anugerah di IFF 2011 di Dubai.

   

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM November 2012