Teks : Nadia Zolkifli
Penata Gaya & Arahan Seni : Afiq Khairudin
Video : Dennis Kho
Video Editor : Rachel Koh
Segala yang diatur di kamar beradu perlu bersatu harmoni dan tiada yang keterlaluan agar lena tidak terganggu. Pastikan juga ruang ini tidak berkongsi ruang untuk menonton televisyen. Cukup sekadar mengadakan ruang duduk-duduk; kerusi berlengan atau chaise lounge sebagai ruang tambahan untuk membaca sebelum tidur.
Pasang langsir jenis black out daripada fabrik tebal yang kalis cahaya agar dapat menabir sinar matahari pagi dan petang. Jika tidak mahu membeli rekaan katil konvensional, anda boleh menempah reka bentuk kepala katil berpandukan ukuran katil dan ketinggian yang diingini.
TIP PENGGAYAAN
Accessorizes – Banyak bermain aksesori seperti lampu tidur, gebar, selimut tebal dan kusyen. Atmosfera serba putih, kami pecahkan dimensi mendatar menerusi pemilihan aksesori berasaskan tembaga; lampu dan dulang geometri daripada Maison Curio. Dua bangku fabrik linen diatur dihadapan kaki katil, agar tidak kelihatan terlalu polos.
TIP PEMILIHAN CADAR
Corak Alami – Jika tidak mahu sesuatu yang terlalu menonjol, pilih corak senada/ monokrom. Corak cadar bermotifkan pepohon pada musim luruh fabrik sutera kapas daripada Grand Atilier, Robinsons.
TIP PEMILIHAN SKEMA WARNA
Neutral – Palet neutral atau alami tidak pernah silap. Memancarkan aura elegan, harmoni dan mewah di segenap ruang. Warna kelabu suram cadar, gebar kain wul dan kusyen bersaduran kemilau perak daripada Maison Curio, skema warna monokrom elegan dan selamat buat mereka yang tidak mahir bermain padanan warna. Maison Curio ada di Robinsons, The Gardens.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
