Ilham Raya – Resipi Biskut Salami Coklat
Eidul adha bakal menjengah tidak lama lagi, dan saya kira pasti ramai yang sudah mula merancang untuk menyiapkan juadah raya termasuklah biskut raya. Mahukan idea biskut baru, segar dan tentunya mudah dengan bahan-bahan yang mudah didapati, boleh cuba resipi Salami Coklat ilham personaliti Malaque Mahdaly. Malaque adalah isteri kepada penyanyi Syarif Sleeq dari Singapura. Wanita berdarah Indonesia ini berbakat besar dalam bidang bakery; membuat kek dan biskut, malah dia mereka dan menghias sendiri kek perkahwinannya. Malaque juga pernah menjadi penasihat menu di kafe, Kidz & Crème milik selebriti Aaron Aziz. Ibu kepada dua cahaya mata, Selma Malika dan Umar Nael ini sedang sibuk mengendalikan kiosk makanan yang beroperasi di Singapura, Chulop.

SALAMI COKLAT
Bahan – bahan :
300 gm biskut
150 gm mentega
200 gm coklat covertures
2 biji telur
100 gm gula
Kertas wax
Cara menyediakan :
- Rehatkan mentega pada suhu bilik. Hancurkan biskut di dalam mangkuk.
- Cairkan coklat dengan kaedah bain marie (double boiler). Didihkan di atas air sehingga coklat cair dan kacau agar coklat tidak hangus.
- Pukul gula bersama mentega sehingga gebu dan ringan.
- Masukkan telur ke dalam adunan coklat. Pastikan suhu coklat tidak terlalu panas agar telur tidak berketul.
- Kemudian, masukkan coklat ke dalam adunan mentega dan gaul rata.
- Masukkan biskut hancur dan gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam kertas wax dan gulungkan sehingga membentuk sosej. Ikat ketat di kedua-dua penghujung kertas.
- Bekukan di dalam peti sejuk selama dua hingga tiga jam atau sehingga biskut mengeras.
- Potong dan taburkan gula aising di atas biskut untuk menghidang.
Arkib GLAM Deko Ogos 2014
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
