Inspirasi Bridge Of Peace, Seni Bina Saloma Link Seindah Nama
Pada 6 Februari lalu, Pintasan Saloma (Saloma Link) secara rasminya dibuka kepada orang awam yang menjadi penghubung di antara Kampung Baru dan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Penghubung ini dikatakan telah memudahkan orang awam dan menjadi tourist spot kerana keunikan rekaan seni binanya.
Projek Saloma Link adalah jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter dan yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada KLCC.
Dikatakan bakal menjadi tarikan terbaru buat Kuala Lumpur, hanya 10 minit sahaja masa diambil untuk berjalan dari Kampung Baru ke KLCC.
Rekaan Saloma Link diinspirasikan daripada Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun konsep seni bina jambatan ini menyerupai sirih junjung yang menggambarkan budaya Melayu.
Syarikat yang bertanggungjawab dalam seni bina Saloma Link ini ialah The Veritas Design Group. Antara projek lain yang popular direka oleh syarikat ini termasuk Legoland Malaysia, Masjid Universiti Teknologi Petronas, Stadium Tertutup Larkin dan beberapa lagi seni bina ikonik dalam dan luar negara.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

