Vila Mewah
Teks : Shahril Hadi Halim
Untuk kembara GLAM Deko kali ini ke Johor Bahru, kami diberi peluang menginap di salah sebuah pembangunan eksklusif di Nusajaya. Dinamakan sebagai Leisure Farm, ia menampilkan lot banglo yang dibina di beberapa Precint berbeza di atas tanah seluas 1765 ekar tanah. Tanah yang berstatus pegangan bebas ini merupakan antara pelaburan bernilai tinggi dan berbaloi untuk jangka masa panjang.
Director’s Villa merupakan pilihan yang ditawarkan buat kami menginap. Perancangan asal kami adalah untuk memotretkan wajah kediaman ini namun peluang dibawa melawat unit-unit lain yang masih sedang menanti pemilik barunya menemukan kami bersama satu unit yang begitu mempersona. Gaya moden kontemporari yang begitu mendamaaikan selain lokasi strategik, ditemani mentari berlabuh petang menjadikan kami jatuh cinta dengan unit kediaman ini.
Menariknya pelan binaan kediaman ini menampilkan rekaan berbentuk U dan menjadikan kolam renang infiniti sebagai pemisah di antara anjung kanan dan juga kiri. Pada bahagian tengah diletakkan ruang tamu yang menjadi seperti penghubung di antara ruang umum dan ruang personal.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
