Sajian Hujung Minggu – Resipi Kuih Lopes Kafe Bawang Merah
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar Patrick Chan
Kafe Bawang Merah di Subang Jaya menghidangkan aneka kuih tradisional dan lauk pauk melayu yang pastinya membuatkan pengunjung kecur liur setiap kali bertandang. Asam Pedas, Sambal Tempe dan Kacang Goreng, Daging Masak Hitam, Soto, Lontong serta Laksa Johor antara aneka lauk pauk yang ada di kafe ini.
Kuih Lopes, Sagu Merah, Pulut Panggang, Ketayap dan Seri Muka – kuih yang mesti anda rasa apabila singgah di sini.
Hujung minggu ini, boleh cuba resipi kuih Lopes dari Kafe Bawang Merah dihidang bersama kuah gula melaka.

Lopes
Bahan – bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
½ cawan santan
1 sudu kecil air kapur
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil air daun pandan
Kelapa parut putih
Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
1 helai daun pandan
Cara menyediakan
- Bersihkan beras pulut dan rendam di dalam air bersama garam, air daun pandan dan air kapur. Biarkan selama 3 jam.
- Sediakan pengukus dan panaskan. Masukkan beras pulut ke dalam Loyang. Kukus selama 20 minit. Masukkan air pandan dan santan cair. Gaul rata dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga beras pulut masak.Gunakan api kuat ketika mengukus.
- Hamparkan daun pisang atau pembalut plastik, leperkan beras pulut bentuk segi empat besar sehingga mampat. Biarkan sejuk sepenuhnya.
- Potong beras pulut secara memanjang, kemudian menyerong untuk mendapatkan bentuk segi tiga.
- Campurkan sedikit garam dalam kelapa parut putih. Tabur rata kelapa parut di permukaan lopes.
Air Gula
- Masukkan semua bahan di dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga gula memekat.
Arkib GLAM Deko Ogos 2016
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
