Penyelaras & Teks: Suhana Desa Arahan Seni: Afiq Khairudin Gambar: Jason Lee
Elegan sentuhan gaya feminin erat bersatu bersama rona bumi. Ambien natural dalam nada kontemporari diterjemahkan hasil sentuhan dan kreativiti pemiliknya, Rozita Mohd Noor dan suami, Ahmad Shukri Mohd Lazim di kediaman jenis banglo berlokasi di Subang Alam.
Selesa mengadun ruang dengan palitan rona cerah, berteraskan palet bumi, Rozita Mohd Noor atau lebih mesra disapa Ogy menzahirkan kreativiti dan minat sendiri dalam menata hias ruang berkeluasan lebih 5000 kaki persegi. Reka pelan lantai di aras bawah kediaman; dipisahkan kepada beberapa bahagian seperti ruang tamu, ruang makan utama, ruang keluarga, dapur kering dan basah dan bilik tetamu. “Saya telah menduduki kediaman ini sejak 10 tahun yang lalu. Banyak proses ubah suai berskala besar dilakukan untuk memastikan ruang lebih selesa dan sempurna untuk didiami kami sekeluarga,” beritahu Ogy.
Boleh kongsikan cerita tentang kediaman ini?
Lokasi dan struktur seni bina menjadi faktor kenapa saya dan suami memilih kediaman ini, selain mempunyai kawasan laman di bahagian sisi kediaman yang membolehkan kami membina landskap hijau dan ruang untuk bersantai. Selain faktor tanah yang luas, struktur seni bina ala resort dan rekaan siling tinggi pada ruang tamu utama turut mendorong kami bertekad untuk memiliki kediaman ini. Saya bertuah kerana berkongsi minat dan cita rasa yang sama dengan suami dalam menghias ruang. Rujukan gambar dari internet dan majalah serta inspirasi ketika bercuti banyak mencorakkan penataan gaya ruang kediaman.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
