Kunci untuk menaikkan nilai aset hartanah adalah membaik pulih fungsi ruang sedia ada. “Majoriti orang akan mengubahsuai rumah sebagai persediaan sebelum menjualnya. Ini adalah salah satu idea pelaburan yang betul, dan anda akan menerima pulangan setimpal pelaburan yang telah dilakukan,” jelas Scott McGillivray, pengacara program Income Property, HGTV.
Varenna, Poliform. Space, The Intermark

Kohler
2. Aksesori dan Kemasan (Hardware)
Tuan rumah boleh mempertimbangkan untuk menukar pintu atau sekadar tombol pintu. Nampak remeh, tapi perkara ini memberi impak besar buat keseluruhan rumah yang ingin dijual. Lihat kemasan siling dan jika terdapat peta kekuningan akibat kesan bocor, boleh cat semula. Tukar rel langsir jika perlu. Jangan lupa periksa setiap paip dan saluran air, pastikan setiap satu berfungsi dengan baik.
Modulnova, Cucina
3. Kabinet Pasang Siap
Ini juga antara faktor harga rumah meningkat naik, kerana kos untuk memasangnya agak tinggi dan boleh jadi keterlaluan. Anda boleh membina kabinet pasang siap di ruang dapur, bilik air atau setiap kamar beradu.
Villeroy & Bosch
4. Tandas
Antara ruang penting yang akan diperinci oleh pembeli. Tuan rumah tidak perlu melakukan proses ubahsuai berskala besar di ruang ini. Cukup sekadar memastikan semua paip, lubang tandas, saluran air tidak tersumbat dan berkeadaan baik. Jangan lupa sembur pewangi apabila pembeli datang membuat tinjauan.

Dedon
5. Landskap Luar
Tidak perlulah membeli perabot taman, namun pastikan rumput dipotong dan tiada serangga perosak di sekitar luar rumah. Pastikan juga pagar luar tiada ‘lubang ajaib’ atau lopong.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
