fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa
Keunggulan Gaya Fusion Hublot
Kerjasama Terkini G-Shock Gravitymaster Dan HondaJet
Deko Inspirasi Ternama
Sentuhan Kemewahan Gemersik Juste un Clou oleh Cartier

5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Franck Muller Vanguard Rose Skeleton Black Diamonds

Lima Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

Arloji Vanguard Rose Skeleton Black Diamonds tampil lebih menawan dalam konstruksi casing emas putih berlapis perawatan PVD hitam. Berdiameter 35mm, sekujur kelongsong jam berbentuk tonneau ini berbalut 422 butir berlian hitam potongan brilliant berjumlah 3.61 karat. Laman dailnya pula memaparkan rincian kerangka berhiaskan batu delima potongan brilliant serta komponen pergerakan manual kaliber MVT FM 1540-VS17 dan tali disempurnakan dari kulit buaya.

Richard Mille RM 38-02 Tourbillon Bubba Watson

Pink it is! Tidak ada persoalan yang berbangkit denganya kerana model baharu RM 38-02 Tourbillon Bubba Watson terbias harmoni. Dari dalam beralih ke rincian luarannya, konstruksi arloji keseluruhannya diperbuat daripada TPT® Quartz rona merah jambu, TPT® Quartz putih dan Carbon TPT®. Gabungan rona serta bahan yang berbeza tanpa mencampurkan kesemuanya untuk menjadi satu adalah cabaran teknikal yang sebenar. Model keempat yang membawa nama Bubba sepanjang 10 tahun bergelar pemain golf profesional bersama Richard Mille ini tampil dalam edisi terhad dengan nombor siri kepada 50 unit.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse