Pesona Lady Arpels Ballerines Musicales yang dramatis melingkari pergelanggan tangan, hadir mengharmonikan melodi serta tarian balet yang anggun.
Berlindung di bawah himpunan arloji ilham jauhari Poetic Complications®, barisan Lady Arpels Ballerines Musicales tampil memukau citra rumah arloji Van Cleef & Arpels. Kesinambungan usaha para tukang serta artisannya mendukung perspektif indah lagi harmoni dengan mencedok inspirasi dari dunia tarian selama lebih beberapa dekad. Nukilan penuh dramatis ini tampil memberikan apresiasi buat kegemalaian tarian balet dengan tiga kreasi yang membayangkan visi Poetry of Time yang unik buat Maison ini.

Ballerina dalam lukisan miniatur pada plat laman dail utama Rubis.
Buat julung kalinya, kreasi Lady Arpels Ballerines Musicales menggabungkan melodi serta gerakan, lantas menghangatkan keterampilan kala mata melabuh padanya. Sekali gus, memperdengarkan repertoire klasik Tchaikovsky Symphony No. 3, Capriccio for Piano and Orchestra dan Pelléas et Mélisande.

Pemasangan papan nada kotak muzik.
Gubahan melodi ikonik berdurasi 20-25 detik ini mengiringi gerakan tarian balet yang berputar pada laman dial utama. Bertimpal dengan tradisi keunggulan Van Cleef & Arpels, setiap satu arloji ini terus memperkasakan kepakaran Maison ni. Baik dari seni pembuatan jam tangan, beralih pada kemahiran kraf tangan berbalas ketukangan perhiasan yang rumit bagi menterjemahkan pesona muzik serta tarian.
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
